SEPANG: Semua 169 terminal bas di Semenanjung Malaysia sama ada di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta diwajibkan memohon lesen terminal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk beroperasi.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Beliau berkata kerajaan telah mewartakan Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Pelesenan Terminal) (Stesen dan Pusat Pengangkutan) 2024 pada 5 Feb lepas, bagi melesenkan semua 169 terminal pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia.
"Kebanyakan terminal itu dikendalikan oleh PBT, tetapi trend sekarang ini banyak juga terminal-terminal dikendalikan pihak swasta yang telah pun dinaik taraf dengan baik.
"Jadi kita alu-alukan pihak swasta untuk melabur, tetapi mereka mesti memohon lesen dari APAD untuk beroperasi," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Hab Pengangkutan Dinaik Taraf di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pengendali-pengendali terminal boleh memohon lesen berkenaan bermula 22 April ini melalui sistem pelesenan atas talian iSPKP APAD.
Selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], Loke berkata Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk menguatkuasakan pelesenan terminal bagi memastikan pengoperasian di seluruh negara dapat dikawal selia.
"Pewartaan ini mewajibkan semua terminal bas di Semenanjung untuk mempunyai lesen terminal APAD untuk beroperasi.
"Masa untuk proses permohonan lesen adalah tiga minggu, apabila mereka mohon, APAD akan turun ke lokasi untuk melihat terminal berkenaan," katanya.
Beliau berkata APAD turut memperkenalkan penarafan mengikut gred A, B atau C yang menentukan tahap perkhidmatan adalah setimpal dengan caj maksima yang dikenakan oleh pihak terminal.
Penarafan gred adalah berasaskan tahap kemudahan terminal merangkumi tiket dan kaunter informasi, keselamatan, keselesaan kepada orang ramai dan pemandu selain kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) yang merupakan salah satu syarat wajib bagi penarafan terminal gred A.
"Sekarang ini apabila adanya pelesenan terminal, kita ada satu kerangka piawaian, kalau mereka tidak mencapai piawaian itu, mereka tidak boleh kutip caj yang lebih tinggi.
"Caj-caj ini ada jadualnya, jadi kita hendak pastikan caj yang dibayar oleh penumpang mesti setimpal dengan perkhidmatan yang mereka terima," katanya.
Loke berkata APAD juga telah menjalankan audit awal di terminal-terminal utama negeri untuk mengenal pasti tahap kemudahan.
"Hasil daripada audit yang dijalankan, hab pengangkutan awam KLIA Terminal 2 ini adalah contoh terminal yang layak untuk mendapat penarafan gred A," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Loke (empat, kiri) melancarkan Penaiktarafan Hab Pengangkutan dan Kempen "Relax, Reunite and Be Rewarded" di Gateway@KLIA2, hari ini. -Bernama
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Prasarana diarah buat kajian kawasan jajaran rel berisiko pokok tumbang
MOT mengarahkan Prasarana supaya menjalankan kajian mendalam kawasan berisiko berlakunya insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel.