Pengendalian pesakit yang dikaitkan dengan jangkitan 2019 novel koronavirus dalam negara dilakukan penuh cermat, dengan rawatan mereka bermula sebaik sahaja pesakit itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.
Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr Yasmin Muhamed Gani berkata proses isolasi terhadap pesakit yang disyaki akan dimulakan awal dan mereka tidak akan ditempatkan di wad awam.
"Apabila kami (pengamal kesihatan) ada pesakit dengan simptom (koronavirus), kami memang akan kuarantin dan asingkan mereka. Kami akan henti isolasi sekiranya keputusan ujian terhadap pesakit disahkan negatif dan mereka telah pulih sepenuhnya.
"Lazimnya, keputusan ujian pengesanan yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dapat diketahui dalam tempoh 24 jam, dan sekiranya ujian mengesahkan positif, kami akan teruskan dengan isolasi pesakit dan dipantau rapi," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Dikenali sebagai 2019-nCoV, koronavirus yang menyebabkan keadaan seperti radang paru-paru, mula dikesan pada Disember lepas di Wuhan, China, dan gejala jangkitan termasuk demam, batuk dan sukar bernafas.
Pasukan terlatih
Dr Yasmin berkata staf yang menjaga pesakit koronavirus juga amat berpengalaman dalam mengendalikan penyakit berjangkit.
"Kami mempunyai pasukan berdedikasi yang terlatih akan jaga pesakit. Mereka (doktor/jururawat) akan bertugas secara berpasangan (untuk pemantauan) minimum dua kali sehari.
"Kenapa berdua? Supaya mereka boleh pantau sesama mereka untuk mengelakkan sebarang kesilapan rawatan dan sebagainya. Di luar (bilik) juga ada seorang yang akan menjaga untuk memastikan dua orang berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah," jelasnya.
Mengulas lanjut, katanya cara pemakanan pesakit adalah mengikut diet hospital manakala utensil makanan mereka terdiri daripada jenis pakai buang bagi mengelakkan penyebaran virus.
Mengenai cara pengesanan koronavirus pula, katanya ia akan dilakukan menerusi pemeriksaan kahak manakala bagi pesakit yang tiada kahak, doktor akan menggunakan kaedah Oropharyngeal swab iaitu pemeriksaan menerusi bahagian dalam hidung.
Kendalian spesimen
"Setiap pengendalian spesimen turut dilakukan dengan penuh bertanggungjawab dan ia akan dimasukkan di dalam bungkusan tiga lapis bagi mengelak penyebaran virus," katanya.
Setakat ini, tujuh individu disahkan positif koronavirus di negara ini, dengan kesemua kes itu melibatkan warganegara China.
Dr Yasmin berkata tiga individu terbaharu yang dilaporkan positif awal pagi tadi pula berada dalam keadaan stabil dan pemantauan sedang dilakukan dengan rapi.
Sementara itu mengenai langkah pencegahannya pula, Dr Yasmin menyarankan agar kebersihan diri sentiasa dijaga setiap masa.
"Sentiasa cuci tangan, elakkan daripada menggosok muka dan mata tanpa membasuh tangan. Juga elakkan kontak dengan haiwan liar dan adalah selamat untuk memakai topeng muka.
"Mereka yang rasa ada sakit tekak, batuk atau simptom lain dinasihatkan berjumpa doktor dengan kadar segera untuk dimulakan rawatan awal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020
Proses isolasi terhadap pesakit yang disyaki akan dimulakan awal dan mereka tidak akan ditempatkan di wad awam. - Gambar hiasan
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
[TERKINI] Anwar bertemu Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menghadap Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman Al-Saud.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
SPR keluar 188 kertas undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 188 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.