awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendalian wang berskala besar perlu diasingkan daripada kuasa politik - Akhbar Satar

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2021
05:35 MYT
Pengendalian wang berskala besar perlu diasingkan daripada kuasa politik - Akhbar Satar
Akhbar berkata, tindakan kerajaan menangani penilaian CPI yang buruk bakal memaparkan betapa seriusnya kerajaan dalam membanteras penyakit sosial dan politik itu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR :Pengendalian wang berskala besar perlu diasingkan daripada kuasa politik bagi memastikan keputusan politik dilakukan atas kepentingan awam semata-mata dan seterusnya mengekang berlakunya transaksi rasuah.
Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, ketidakstabilan politik ditambah dengan situasi ekonomi yang lemah serta tata kelola pemerintahan yang kurang baik akan menjurus kepada penurunan kedudukan negara dalam capaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Beliau yang juga Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi, Universiti HELP berkata, besar kemungkinan kedudukan CPI Malaysia bagi 2020 akan menurun dengan tiada perubahan statistik yang signifikan dalam skor rasuah.
Sambil menyifatkan rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan, beliau berkata, pemimpin khususnya ahli politik dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu untuk mengekang penularan bencana itu menerusi langkah yang lebih agresif.
"CPI menjadi alat untuk mengukur atau indikator tahap rasuah sesebuah negara.
"Pengukuran Indeks Persepsi Rasuah adalah penting kerana kdudukan ini akan mempengaruhi ekonomi negara terutamanya pelabur yang ingin masuk ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
BACA: Is our 2020 CPI worse than last year?
Transparency International (TI) akan mengumumkan laporan tahunan CPI pada pukul 12.45 tengah hari pada 28 Januari ini menerusi satu sidang video.
Pada tahun 2019, Malaysia melakar pencapaian memberangsangkan apabila berjaya memperbaiki reputasi dalam CPI kepada tangga ke-51 daripada 180 negara berbanding kedudukan ke-61, pada tahun 2018.
Mengulas lanjut Akhbar berkata, tindakan kerajaan menangani penilaian CPI yang buruk bakal memaparkan betapa seriusnya kerajaan dalam membanteras penyakit sosial dan politik itu.
"Kadang kala, realiti boleh menjadi lebih buruk daripada persepsi," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#indeks rasuah
#CPI
#Politik Malaysia
#pelabur asing
#politik
#ahli politik
#Transparency International
#SPRM
#PDRM
#Imigresen
#kastam
#penjawat awam
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan