Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Datuk Rameli Musa mengesahkan telah menyerah satu dokumen bagi membantu siasatan berkenaan pembayaran RM1.4 juta dari Pas kepada Editor Sarawak Report Claire Rewcastle Brown.

“Saya dah bagi keterangan. Ada serahkan dokumen (siasatan)? Ada satu dokumen berkaitan 1.4 juta itulah,” jelasnya.

Terdahulu, Rameli tiba di SPRM kira kira jam 10.30 pagi selasa dan diambil keterangan lebih 5 jam.

Bagaimanapun beliau berpuas hati akan keterangan yang telah diberi dari pihaknya serta siasatan SPRM setakat ini.

“Adakah Datuk akan dipanggil SPRM lagi? Tidak tahu itu terpulang kepada mereka. Saya berpuas hati dengan siasatan hari ini," ujar Ramli.

Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang selasa.

Nama bekas Pengerusi Ingress Corp Bhd dan Bekas Pengerusi Balfour Beatty Rail itu muncul selepas analisis dilakukan ke atas nombor pada cek untuk membayar Claire seperti yang didakwa Rafizi Ramli.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas telah dipanggil oleh SPRM untuk diambil keterangan berhubung isu terbabit.