awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi MyWatch Sanjeevan direman 21 hari di bawah POCA

Bernama
Bernama
11/07/2016
08:52 MYT
Pengerusi MyWatch Sanjeevan direman 21 hari di bawah POCA
Sanjeevan ketika ditahan di IPD Kajang pada Ahad - kali ke-7 beliau ditahan polis. - Gambar fail
Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan direman 21 hari bermula hari ini di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
Peguam Sanjeevan, S. Prakash memberitahu pemberita bahawa Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan permohonan polis mereman anak guamnya hingga 31 Julai.
Prakash berkata beliau membantah permohonan itu kerana berpendapat ia tidak tertakluk di bawah POCA dan reman boleh dilanjutkan hingga 38 hari.
Tetapi ketua penolong pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik memberitahu Bernama bahawa Sanjeevan ditahan di bawah Seksyen 3 (1) POCA kerana ugutan jenayah dan peras ugut.
Terdahulu, Sanjeevan dan pemandunya, seorang warga India, ditahan di bawah seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dikata melakukan ugutan jenayah dan peras ugut dekat Plaza Tol Nilai pada 22 Jun.
Beliau ditangkap berikutan laporan polis dibuat oleh seorang pengadu yang mendakwa suspek mengugut menyebarkan fitnah terhadapnya menerusi laman sosial Facebook.
Topic Berkaitan
#akta pencegahan jenayah
#MyWatch
#R. Sri Sanjeevan
#reman
#ugutan jenayah dan peras ugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan