awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi NFCorp gagal dalam permohonan batal tuduhan rasuah

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2015
07:14 MYT
Pengerusi NFCorp gagal dalam permohonan batal tuduhan rasuah
Permohonan pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta ditolak Mahkamah Tinggi. -Gambar fail
Permohonan pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta ditolak Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dalam percubaan pertamanya tahun lepas di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur turut gagal mengenepikan pertuduhan berkaitan penggunaan dana untuk projek Fidlot Nasional.
Hakim Mohd Azman Husin hari ini berkata tidak ada sebarang cela pada pendakwaan tersebut dan terdapat isu-isu yang perlu melalui proses perbicaraan penuh.
Beliau mengarahkan kes tersebut dihantar ke Mahkamah Sesyen untuk sesi perbicaraan penuh.
Mohd Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Al-Firdaus Shahrul, yang mewakili Mohamad Salleh, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.
Permohonan penangguhan itu dibenarkan lantaran tiada bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir.
Mohamad Salleh, 66, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B, atas geran bernombor 65152 dan lot 56454 di Kuala Lumpur.
Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Bagi pertuduhan kedua, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut.
Beliau dan salah seorang daripada anaknya merupakan pemilik syarikat berkenaan.
Mohamad Salleh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan itu yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Mohamad Salleh Ismail
#National Feedlot Corporation
#NFCorp
#pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan