awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi NFCorp saman Nurul Izzah

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2014
09:50 MYT
Pengerusi NFCorp saman Nurul Izzah
Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Salleh Ismail memfailkan saman fitnah terhadap ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.
Saman difailkan berhubung dakwaan pembelian lapan unit kondominium di KL Eco City bernilai RM12 juta ringgit.
Writ saman terhadap Nurul Izzah selaku defendan pertama dan Saifuddin selaku defendan kedua, difailkan melalui melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini.
Salleh, yang juga suami ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata, dakwaan itu menggambarkan dirinya tidak boleh dipercayai, penjenayah, tamak atau menggunakan kedudukan isteri untuk mendapat faedah.
Selain itu , ia juga menggambarkan dirinya menggunakan wang rakyat untuk kekayaan sendiri dan syarikat itu telah menipu atau menyalah guna dana kerajaan atau wang rakyat.
Pengurusan kes itu ditetapkan pada 27 februari di mana Nurul Izzah dan Saifuddin akan menyerahkan penyataan pembelaan mereka.
Topic Berkaitan
#National Feedlot Corporation
#NFCorp
#Nurul Izzah Anwar
#Salleh Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan