awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi SESB lapor polis kegiatan curi elektrik di Lahad Datu

Bernama
Bernama
03/09/2024
12:54 MYT
Pengerusi SESB lapor polis kegiatan curi elektrik di Lahad Datu
Wilfred Madius Tangau berkata pasukan SESB melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan mendapati penduduk kampung melakukan kesalahan serius tersebut. - Bernama
LAHAD DATU: Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini membuat laporan polis berhubung kegiatan mencuri elektrik menerusi penyambungan secara haram yang terang-terangan berlaku di Kampung Puyut di sini.
Beliau yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini berkata pasukan SESB melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan mendapati penduduk kampung melakukan kesalahan serius tersebut.
"Dianggarkan 1,000 rumah yang terdapat di Kampung Puyut mengakibatkan kerugian yang besar kepada SESB sehingga mencecah RM1 juta.
"Laporan dibuat bertujuan memohon pihak polis menyiasat individu-individu yang terlibat dalam penyambungan haram, saya juga meminta agar siasatan dibuat sama ada penyambungan haram di Kampung Puyut ini dilakukan oleh sindiket atau kartel," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Madius berkata laporan itu juga dibuat bagi mengelak kejadian renjatan elektrik disebabkan penyambungan elektrik haram yang berbahaya serta mengancam nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SESB
#Curi Elektrik
#sambungan haram
#kampung puyut
#Lahad Datu
#Wilfred Madius Tangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan