awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengesahan serpihan bermula dengan laporan pembantu juruterbang

Agensi
Agensi
30/12/2014
08:22 MYT
Pengesahan serpihan bermula dengan laporan pembantu juruterbang
Penemuan objek-objek yang terapung di permukaan laut adalah disahkan dari pesawat AirAsia QZ8501.
Seluruh jentera dan komponen dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) kini dikejarkan ke titik penemuan objek-objek yang sudah disahkan sebagai serpihan pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura Ahad lalu.
Setakat ini, pihak SAR Indonesia sedang mempersiapkan pasukan penyelam saat 11 orang dari pejabat penyelam TNI, dan 10 orang penyelamat Pasukan Khas Basarnas.
Pengesahan penemuan lokasi nahas itu diumumkan oleh Ketua Penyelaras SAR Indonesia, F. Henry Bambang Sulistyo.
Antara lain pengumuman tersebut bertitik-tolak daripada laporan awal seorang pembantu juruterbang Hercules C130 dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Leftenan Tri Wibowo.
Berdasarkan laporan Kompas.com, Tri ketika dalam misi SAR, ada menyebut tentang penemuan objek-objek yang terapung di Selat Karimata sewaktu dia memantau kawasan perairan di sekitar Ketapang, Kalimantan Barat.
Objek-objek itu menyerupai jasad manusia, bagasi, pelampung, dan serpihan pesawat.
Berhubung jasad manusia itu, Tri mengakui pada awalnya dia menyangka bahawa objek tersebut seolah-olah manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat. Namun, setelah didekati, ia sebenarnya mayat yang teroleng-oleng dipukul ombak dan keadaannya sudah membengkak.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Indonesia
#Malaysia
#misi SAR
#pesawat
#QZ8501
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan