Seorang pengetua cemerlang yang didakwa dalam gangguan pengantunan seksual terhadap seorang pelajar sudah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Langkah itu bagi memudahkan siasatan berjalan lancar.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata kes itu sedang dalam siasatan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan kementerian memandang serius tuduhan itu.
"KPM pandang serius tuduhan tersebut dan kita perlu pastikan sekolah adalah tempat selamat untuk anakpanak kita.
“Saya harap sesiapa ada maklumat bukan sahaja kes ini tetapi kes lain juga. Kita tidak mahu ada kes ditutup tetapi pengetua tersebut telah dikeluarkan dari sekolah untuk pastikan bahawa dia tidak menganggu murid lain dan mangsa. Dia (pengetua) di pindahkan ke PPD," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan seorang pengetua sekolah di johor bahru yang didakwa melakukan pengantunan seksual terhadap seorang pelajar lelaki di sekolah terbabit.
Nie Ching turut meminta mangsa membuat laporan polis berhubung isu terbabit sekiranya mangsa masih belum membuat laporan polis.
Pihaknya juga akan membuat laporan polis jika siasatan JPN Johor mengesahkan berlaku gangguan seksual itu.
Jelasnya perincian kes tidak boleh diberikan kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh JPN Johor.
Pengetua berkenaan, yang baru-baru ini mendapat anugerah pengetua cemerlang, turut didakwa menghantar mesej-mesej berunsur lucah, yang kini viral dalam media sosial.
Astro Awani
Sun Jan 12 2020
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching beramah mesra dengan pelajar adik beradik, ketika Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, Kulai hari ini. - Foto BERNAMA
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
Pesara pensyarah rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara pensyarah kerugian lebih RM1 juta, selepas terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.
Polis tahan tujuh anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Johor Bahru bermula 28 Mac hingga semalam.
Ibu dan anak antara didakwa eksploitasi wanita untuk seks
Seorang ibu dan anak lelakinya bersama seorang wanita warga Indonesia dituduh memperdagangkan dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks.
30 bangunan di bandar raya JB dicemari vandalisme
Pintu-pintu premis melibatkan lebih 30 bangunan itu menjadi mangsa vandalisme terutama di Jalan Tan Hiok Nie, Jalan Trus, Jalan Ibrahim, Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Abdul Razak.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Padah benar kanak-kanak memandu
Suspek berusia 25 tahun juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.
PAJ kumpul maklumat, atasi kesesakan trafik di Johor Bahru
PAJ sedang mengumpul maklumat berkaitan kesesakan trafik khususnya di Johor Bahru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya itu.
Ancaman bom di premis MBJB disahkan palsu
Ketika ancaman tersebut diterima, bangunan ini terdapat lebih 500 termasuk kakitangan dan orang awam.