awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV direka dengan sistem keselamatan ketat, selamat ketika banjir
Desakan keluar kerajaan pandangan peribadi, bukan Presiden UMNO - Akmal Saleh
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas di Caracas - Wisma Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengetua, PK HEM dan Warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan di JPN Sabah

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2025
01:30 MYT
Pengetua, PK HEM dan Warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan di JPN Sabah
Kementerian Pendidikan (mengambil langkah menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.
KPM dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat susulan siasatan kes melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Dalam masa sama, KPM menegaskan, langkah itu juga dibuat berikutan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes berkenaan.
“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas,” menurut kenyataan itu.
KPM turut menegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan kementerian pada masa ini dan berharap siasatan dapat dijalankan secara telus demi keadilan kepada keluarga mangsa serta semua pihak yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Kes Zara Qairina
#SMKA Tun Datu Mustapha
#pengetua
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan