awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggabungan kaunter kurangkan kesesakan di Tambak Johor

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2023
08:11 MYT
Penggabungan kaunter kurangkan kesesakan di Tambak Johor
Kah Eng (kiri) meninjau operasi di empat laluan kereta selepas semua 38 kaunter digabungkan di BSI, Johor Bahru pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Sebanyak 38 kaunter di semua empat zon laluan kereta di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini yang mula beroperasi sejak 31 Ogos lalu berjaya mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, operasi di BSI kini berjalan lancar selepas kaunter sedia ada digabungkan bagi melancarkan aliran trafik terutama pada waktu puncak dan hujung minggu.
"Hasil pemantauan saya mendapati gabungan kaunter itu berjalan lancar dan mesra pengguna sejak 31 Ogos yang lalu.
"Penggabungan tersebut melibatkan tiga urusan sedia ada iaitu urusan imigresen, pembayaran toll (PLUS) dan urusan caj jalan raya untuk kereta Singapura (MOT)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, projek berkenaan mula diteliti pada 2018 semasa beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), BSI.
Katanya, penambahbaikan itu amat memerlukan kerjasama dan koordinasi antaranya melibatkan Jabatan Imigresen (JIM); Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Jabatan Kerja Raya (JKR); Lembaga Lebuh Raya (LLR) serta pihak pengurusan bangunan dan fasiliti BSI.
"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penambahbaikan ini.
"Saya berharap dengan perubahan yang dibawa ini, dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan waktu menunggu bagi pengguna jalan raya antara Malaysia dan Singapura," katanya.
Sebelum ini ujar beliau, kedudukan semasa kaunter yang dipisahkan sejauh empat meter menyebabkan pengguna perlu berhenti dua kali dan menambah waktu perjalanan dan kesesakan semasa pemeriksaan di BSI. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tambak Johor
#kesesakan
#BSI
#gabung kaunter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan