PASIR MAS: Seorang penggali telaga maut selepas tertimbus semasa melakukan kerja-kerja menurunkan pembetung dalam kejadian di Masjid Kampung Gelam, Tok Uban di sini pada Isnin.
Dalam kejadian jam 5.50 petang, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Kanan II Adnan Mohd Juri berkata, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 5.54 petang.
"Setiba di lokasi pada jam 6.17 petang, kami dapati mangsa sudah tertimbus dalam telaga yang berkedalaman enam meter," katanya kepada pemberita.
Menurut beliau, hasil bantuan orang awam, mayat mangsa berjaya ditemukan pada jam 7.15 malam.
Ujarnya, sejurus ditemukan mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Adnan memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Seorang penggali telaga maut selepas tertimbus semasa melakukan kerja-kerja menurunkan pembetung dalam kejadian di Masjid Kampung Gelam, Tok Uban pada Isnin. - Sinar Harian
Isu boikot: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan teks khutbah Jumaat
Jabatan Mufti Perak akan memberi penjelasan mengenai latar belakang dan juga maksud sebenar kandungan teks khutbah Jumaat, semalam.
MOTAC Terengganu ambil tindakan Op Penguatkuasaan Bas Persiaran
MOTAC Terengganu mengeluarkan enam notis dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Kenderaan Persiaran, selama dua hari bermula semalam.
Sumbangan mendiang Ng Poh Tip dalam dunia kewartawanan akan sentiasa dihargai - Fahmi
Sumbangan mendiang Ng sebagai Ketua Pengarang wanita pertama di Malaysia, amat besar dalam dunia kewartawanan tanah air.
Fokus Minggu Depan: 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China
Jalinan hubungan antara malaysia dengan china bermula sejak abad ke-13 lagi.
Sejarah panjang ini memperlihatkan hubungan dua hala yang cukup mantap dan
memberikan kesan langsung kepada Kuala Lumpur dan Beijing.
Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers, Pensyarah Kanan Jabatan Antarabangsa & Kajian Strategik, UM
Sejarah panjang ini memperlihatkan hubungan dua hala yang cukup mantap dan
memberikan kesan langsung kepada Kuala Lumpur dan Beijing.
Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers, Pensyarah Kanan Jabatan Antarabangsa & Kajian Strategik, UM
Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.
Hayati lirik 'Bukan Kerana Nama', junjung Rukun Negara - Abdullah Saidol
Ini akan membolehkan pelajar jurusan komunikasi memahami bahawa mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk serta cara.
Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal melaksanakan agenda reformasi yang dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
KPKT sasar industri landskap sebagai sumber ekonomi baharu - Kor Ming
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperhebat usaha membangunkan industri landskap pada tahun ini berikutan potensi besar ditunjukkan industri itu sebagai sumber ekonomi baharu negara.
Perlu kaedah yang lebih telus dalam pelantikan - Azmi Sharom
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, bersara wajib pada 9 Mei lalu selepas mengetuai badan itu selama empat tahun.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan
Jenazah anggota batalion malaysia (MALBATT) 850-11 bagi Misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Anwar, Kampung Tengah, Tualang, pada Sabtu.
Penggali telaga maut tertimbus tanah
Seorang penggali telaga maut selepas tertimbus semasa melakukan kerja-kerja menurunkan pembetung dalam kejadian di Masjid Kampung Gelam, Tok Uban pada Isnin.