Seorang juruteknik sebuah kilang besi dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi perkhidmatan kewangan bagi manfaat pengganas.
Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan Bukhori Che Noor, 35, bapa kepada dua anak berusia empat dan lapan tahun, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 30 Jun 2016.
Tertuduh mengaku telah secara langsung memberi perkhidmatan kewangan iaitu membenarkan dan pemindahan wang daripada akaun Maybank miliknya bagi manfaat pengganas.
Dia melakukan kesalahan itu melalui Maybank yang beralamat di cawangan IBC Prai Industrial Estate, Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih Prai, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang antara November 2015 hingga 30 Jun 2016.
Dalam keputusannya, Azman berkata sebagai seorang yang telah dewasa, tertuduh sepatutnya boleh menilai kesan sama ada baik atau buruk sesuatu perkara itu sebelum terlibat secara langsung dengan perbuatannya.
"Kita boleh berfikir dan boleh ambil pertimbangan. Peningkatan yang drastik kes-kes seperti ini (pengganas) menunjukkan betapa ia sesuatu yang serius," katanya.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas terdapat 40 kes melibatkan pengganas telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan sehingga Februari tahun ini sebanyak 28 kes telah didaftarkan.
Mengikut fakta kes, keterangan seorang saksi terlindung mengesahkan bahawa tertuduh adalah anggota kumpulan telegram 'Gagak Hitam' menggunakan nama 'Black Arrow', dan syarikat telekomunikasi juga mengesahkan nombor telefon yang digunakan Bukhori adalah atas namanya.
Saksi terlindung juga mengesahkan pada 26 Mac 2016, 'Akhi Wanndy' (Muhammad Wanndy Muhammad Jedi) telah mengarahkan anggota kumpulan telegram 'Gagak Hitam' untuk memasukan infak (derma) ke dalam akaun Maybank Che Bukhori, sebanyak RM11,090 secara berperingkat.
Terdahulu, Bukhori yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman penjara yang ringan kerana dia telah insaf dan kesal atas perbuatannya serta dia penanggung tunggal keluarganya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor memohon mahkamah memberi hukuman setimpal berbentuk pengajaran memandangkan peningkatan kes itu sejak kebelakangan ini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130O(1)9B) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurun Seksyen 130O(bb), yang memperuntukkan penjara maksimum hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130O(1)9B) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurun Seksyen 130O(bb), yang memperuntukkan penjara maksimum hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.