awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengganas rancang culik, bunuh individu spesifik - KPN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/03/2018
08:37 MYT
Pengganas rancang culik, bunuh individu spesifik - KPN
MOHD Fuzi enggan mendedahkan butiran terperinci lantaran siasatan masih dilakukan dalam mengesan baki ahli kumpulan terbabit. - Foto BERNAMA
Polis mengesahkan tujuh individu yang merancang penculikan dan pembunuhan polis mempunyai sasaran individu spesifik untuk melakukan ancaman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sasaran turut melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci dan siasatan masih dilakukan dalam mengesan baki ahli kumpulan terbabit.
"Mereka sebenarnya ada sasaran spesifik. Saya tidak boleh dedahkan berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.
"Mereka turut mensasarkan untuk menyerang balai polis serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)," katanya pada sidang media selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, hari ini.
Justeru, beliau mengarahkan semua IPK dan IPD meningkatkan tahap kawalan dan keselamatan dari semasa ke semasa.
Menerusi satu kenyataan media semalam, polis memaklumkan berjaya menangkap tujuh lelaki tersebut antara 27 Februari hingga 15 Mac lalu dalam serbuan di Johor dan Sabah.
Seorang lelaki warganegara Filipina berusia 31 tahun yang juga anggota kumpulan Abu Sayyaf merupakan antara tujuh yang ditahan.
Topic Berkaitan
#Abu Sayyaf
#bunuh
#bunuh polis
#culik
#culik polis
#Ketua Polis Negara
#KPN
#sasaran individu spesifik
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan