KOTA KINABALU: Semua penggerak jentera parti dan termasuk fasilitator perlu giat memainkan peranan untuk menjelaskan kepada rakyat perjuangan dan pembangunan yang dibawa kerajaan negeri dalam tempoh tiga tahun ini, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Sabah (Gagasan Rakyat) dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, jentera hadapan parti itu akan memikul tanggungjawab penting sebagai barisan hadapan bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
"Tidak sampai dua tahun lagi, kita akan meminta mandat semula daripada rakyat. Justeru apa yang penting kita menjelaskan perjuangan dan pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan GRS sepanjang tempoh pemerintahan kepada rakyat di peringkat akar umbi.
"Sebagai satu pasukan, kita perlu bekerjasama. Saya meminta kepada semua penggerak jentera parti dan fasilitator, apabila turun padang, jelaskan kepada rakyat bagaimana kerajaan hari ini telah melaksanakan pelbagai pembangunan demi memenuhi mandat rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan diedarkan hari ini sempena Majlis Santai Bersama Peserta (Fasilitator) Bersempena Kursus (ToT) Pemantapan Kepimpinan Gagasan Rakyat yang diadakan, di sini, baru-baru ini.
Hajiji pada November tahun lepas dilihat memberikan bayangan PRN Sabah diawalkan, namun pada bulan lepas beliau memberitahu kerajaan negeri masa ini masih mempunyai masa sehingga September 2025 sebelum penggal pentadbirannya tamat.
Mengulas usaha kerajaan negeri membawa pembangunan itu, Hajiji berkata, pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dibawa oleh kerajaan negeri telah berada di landasan yang betul.
"Menerusi agenda SMJ ini, kita telah memperkenalkan dasar mesra pelabur dengan membawa lebih ramai pelabur untuk melabur ke negeri ini, bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak kita," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri mengadakan persidangan antarabangsa selain menjemput pelabur luar dan tempatan datang melihat peluang yang ada di Sabah.
Menurutnya, semua usaha ini dilakukan untuk merancakkan ekonomi, memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di negeri tersebut. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Hajiji berkata, jentera hadapan parti itu akan memikul tanggungjawab penting sebagai barisan hadapan bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. - Gambar fail
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Penubuhan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan - Hajiji
Komitmen kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Hajiji gesa lebih banyak perkongsian awam-swasta untuk lindungi kepelbagaian biodiversiti hutan Sabah
KRCP membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama secara berkesan melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat setempat.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Sabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama Islam dan masjid - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri amat komited dengan program-program yang berkaitan dengan pembangunan syiar Islam di Sabah.
Miskin tegar Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah - Hajiji
Setakat bulan lepas, hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan miskin tegar direkodkan di Tuaran, berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.
Deretan binaan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tak ubah kehidupan rakyat - Bung Moktar
Bung Moktar mahu Hajiji melihat rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu infrastruktur membabitkan bekalan air.