Penggiat industri hiburan khususnya drama dan perfileman perlu merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mendapatkan garis panduan mengenai nilai murni Islam sebelum menjalankan penggambaran.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata golongan tersebut perlu menitikberatkan aspek kawal selia kendiri agar drama dan filem yang dihasilkan tidak bercanggah dengan pegangan serta amalan budaya masyarakat, terutama agama Islam.
"Kita (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kementerian) sentiasa mengalu-alukan penggiat industri ini untuk menghasilkan produk berkualiti secara berterusan mengikut kreativiti mereka.
"Semua program serta aktiviti hiburan mestilah tidak melanggar etika penyiaran bagi memastikan penonton mendapat manfaat dan pengajaran daripada produk yang dihasilkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Jailani juga berkata kementerian itu tidak akan membenarkan sebarang program atau aktiviti hiburan yang didapati melanggar serta bercanggah daripada nilai-nilai murni dan membawa impak buruk kepada masyarakat khususnya generasi muda.
Sebagai contoh, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa merujuk kepada Kod Etika Penyiaran yang mencatatkan garis panduan kepada setiap bahan penyiaran yang disiarkan melalui radio dan televisyen RTM, katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kadar jenayah menurun tahun ini kepada 123,437 kes sehingga Oktober berbanding 2012 sebanyak 153,669 kes, dan 2011 sebanyak 166,295 kes.
"Ini realiti dan fakta yang menunjukkan kejadian jenayah mengalami penurunan dan ia semakin mendadak lagi menurun selepas pelaksanaan Operasi Cantas pada 17 Ogos lepas," katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkaitan kementerian itu.
Wan Junaidi turut menegur masyarakat di negara ini yang mudah terpengaruh dan mempercayai laporan yang digembar-gemburkan menerusi laman sosial seperti facebook dan twitter termasuk media alternatif.
"Kalau sesuatu yang berlaku, ia akan dihebahkan secara besar-besaran menunjukkan seolah-olah satu negara ini berhadapan masalah yang sama," katanya.
Beliau turut menyarankan masyarakat supaya lebih bijak menapis dan memilih maklumat yang diperolehi itu sebelum membuat sebarang kesimpulan dan kenyataan.
Bernama
Wed Dec 18 2013
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.