KUALA LUMPUR: Penggiat industri pelancongan khususnya pengusaha hotel dan inap desa digesa supaya memohon dana yang diperlukan melalui pinjaman Skim Infrastruktur Pelancongan (SIP) bagi membangun dan mengembangkan produk mereka.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata pinjaman yang disediakan itu bertujuan untuk membantu syarikat bagi mengembangkan produk seperti premis penginapan pelancongan, kemudahan-kemudahan dan lain-lain projek yang berkaitan pelancongan.
Beliau berkata ia sekali gus dapat meningkatkan serta menambah baik infrastruktur hotel dan inap desa, seterusnya memberi pengalaman bermakna kepada pengunjung atau pelancong.
"Pada ketika ini, pegawai yang bertanggungjawab telah dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyemak serta mempertimbangkan setiap permohonan bagi membantu pemain industri mendapatkan bantuan serta sumber yang sepadan dalam proses pemulihan sektor pelancongan.
"Tidak kira sama ada permohonan tersebut melibatkan hotel bertaraf lima bintang atau hotel bajet, saya akan pastikan SIP ini dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi pelancongan," katanya, dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Pinjaman tersebut disediakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Tiong berkata ketika negara berhadapan ancaman pandemik COVID-19, pengusaha hotel turut memainkan peranan dengan menjadikan premis mereka sebagai tempat kuarantin dan dengan adanya SIP, ia membolehkan mereka mengubahsuai premis mengikut keadaan semasa dalam memenuhi permintaan pelanggan.
"Mungkin beberapa hotel dan perusahaan kecil tidak berani mengambil risiko dengan berbelanja besar bagi tujuan pengubahsuaian premis perniagaan masing-masing susulan ketidaktentuan ekonomi semasa. Namun saya yakin, dengan pinjaman kadar faedah rendah yang ditawarkan SIP ini, ia dapat memberi nafas lega buat mereka," katanya.
Beliau turut menyeru pemain industri pelancongan agar bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan sentiasa mendengar aduan pengunjung serta berusaha menambah baik mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
Katanya, seruan itu adalah susulan terdapat aduan daripada pelancong asing yang mendakwa perkhidmatan yang ditawarkan segelintir pengusaha tidak menepati piawaian ditetapkan termasuk dalam soal berkaitan kelestarian alam sekitar.
"Terdapat juga beberapa fasiliti yang disediakan dalam keadaan uzur dan tidak selamat digunakan. Saya sekali lagi menggesa para pemain industri pelancongan melihat semula keperluan penting masing-masing demi menarik minat pengunjung.
"Lebih-lebih lagi pada ketika ini Malaysia sedang dan akan menerima lebih ramai pelancong asing terutama dari negara-negara Asia seperti China yang yang memberi sumbangan ekonomi lebih besar kepada negara kita," katanya.
Pengusaha industri pelancongan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SIP boleh layari laman web https://www.bpmb.com.my/tourism-2023 atau menghubungi talian hotline: 03-88917492 / 7503 / 7469 / 7480, atau e-mel ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Tiong King Sing (foto) berkata pinjaman yang disediakan itu bertujuan untuk membantu syarikat bagi mengembangkan produk berkaitan pelancongan. -Gambar fail/Bernama
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong
Tiong berkata, beberapa kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.
MOTAC rancang tubuh task force, tangani isu perniagaan dijalankan warga asing
MOTAC merancang untuk menubuhkan task force (pasukan petugas khas) bagi menangani isu perniagaan dan pengangkutan termasuk agensi pelancongan yang diusahakan oleh warga asing.
Isu kibar bendera China: Reaksi berlebihan beri kesan sektor pelancongan negara - King Sing
Reaksi berlebihan berhubung kontroversi mengibar bendera China dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan dibimbangi memberi kesan kepada sektor pelancongan.
Daftar masuk, keluar hotel: Bukan di bawah bidang kuasa MOTAC - King Sing
Isu berkaitan rumah tumpangan dan rumah bermalaman bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Pengusaha hotel digesa beri waktu penginapan 23 jam
Beliau berkata penginapan 23 jam sehari merupakan perkara biasa di luar negara dan perkara itu tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan.