KOTA KINABALU: Penggiat industri di Sabah merayu kepada kerajaan negeri supaya membantu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing yang dihadapi oleh industri dan mencadangkan beberapa langkah untuk menanganinya dengan segera.
Setiausaha Agung Persatuan Majikan-Majikan Sabah (SEA) Fong Ming San menggesa kerajaan negeri untuk membuka sempadan dan membenarkan industri mengambil pekerja dari Filipina dan Indonesia, melaksanakan satu lagi pusingan program pengampunan/penyusunan semula untuk anggaran 1.2 juta pendatang asing tanpa izin di negeri ini.
"Selain itu, membenarkan permohonan kuota dilaksanakan dengan segera, membenarkan pembaharuan automatik kuota tidak digunakan yang diluluskan sebelum pandemik dan pemprosesan permohonan kuota yang lebih cepat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Fong berkata industri Sabah yang bergantung kepada buruh asing turut meminta permit kerja diberikan kepada pemegang IMM13 dan kad pengenalan merah atau hijau oleh pendatang Filipina dan Indonesia yang kini berada di negeri ini.
Beliau turut menggesa Program Penentukuran Semula 2019 diteruskan yang terhenti akibat pandemik dan membenarkan 80,000 kes yang layak "tertunda" disediakan untuk pekerjaan yang sah dan memastikan pemprosesan permohonan kuota pekerja asing yang lebih cepat.
"Membenarkan permohonan kuota pekerja asing dilaksanakan dengan segera, termasuk pembaharuan automatik kuota tidak digunakan yang diluluskan sebelum pandemik dan mengeluarkan garis panduan terkini untuk permohonan penggajian pekerja asing," katanya.
Langkah lain yang dicadangkan ialah mengurangkan levi pekerja asing sebanyak RM6,000 (sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan) bagi mereka yang telah bekerja selama 11 tahun dan ke atas dan memperbaharui pas kerja pekerja yang mempunyai dokumen yang baik yang tidak dapat memperbaharuinya berikutan langkah kawalan pergerakan COVID-19.
Fong berkata enam persatuan perdagangan iaitu SEA, Persatuan Perusahaan Kayu-Kayan Sabah (STIA), Persatuan Kayu-Kayan Sabah, Persatuan Perabot Sabah, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah dan Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur telah mengemukakan memorandum mengenai pekerja asing kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor melalui Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam baru-baru ini.
Fong berkata industri Sabah telah terjejas oleh kekurangan pekerja asing sejak beberapa tahun lepas, dengan situasi menjadi teruk sejak Mac tahun lepas selepas negara menutup sempadannya berikutan langkah mengawal pandemik COVID-19.
"Pekerja asing dengan permit yang telah tamat tempoh telah pulang ke negara asal mereka dan tidak dapat kembali ke Malaysia selain pada masa sama, kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Industri penanaman dan pertanian juga antara yang amat memerlukan tenaga kerja asing. - Gambar hiasan
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham
Nor Hisham menyarankan agar takungan air tepi sungai seperti yang dilakukan di Selangor wajar juga diterokai.
7 faedah utama AI untuk perniagaan
Berikut ialah tujuh faedah penting yang dibawa oleh AI kepada perniagaan dan beberapa industri khusus.
Bangunkan bidang pertumbuhan baharu bagi tingkatkan permintaan semikonduktor - MIDA
Malaysia perlu membangunkan bidang pertumbuhan baharu, termasuk sektor tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik (EV), bagi meningkatkan permintaan untuk cip semikonduktor di negara ini.
Pengiktirafan profesional untuk graduan TVET akan beri nilai tambah
MBOT menyambut baik komitmen kerajaan untuk terus memperkasa TVET melalui inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023.
Sepanyol ambil alih Pengerusi EU, mahu mengindustrikan semula Eropah
Pedro Sanchez mahu blok itu menjadi lebih bebas dan matlamat itu boleh dicapai dengan mengukuhkan sektor perindustrian.
Pekerja asing: Data lengkap mudahkan proses pendaftaran, pengesanan
Kuota masih diperlukan bagi menyeimbangkan penggunaan pekerja asing dengan tenaga kerja tempatan.
Tiada masalah ambil pekerja negara lain tapi percepatkan proses kemasukan pekerja asing - Pemain industri
Isu pokok yang harus diselesaikan pada waktu ini adalah menyegerakan kemasukan pekerja asing kerana selagi tiada kemasukan, selagi itu ia akan membebankan pemain industri.
Sabah mahu menarik lebih ramai pelabur buka kilang proses rumpai laut
Industri rumpai laut di Sabah amat berpotensi dengan meraih pendapatan bagi rumpai laut mentah sehingga RM50-RM60 juta setahun.
MAFI dapatkan pandangan industri perkasa sektor perikanan laut dalam
Saranan pihak industri diperlukan bagi meletakkan perikanan laut dalam sebagai industri lebih kondusif pada masa hadapan.