Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Penggodaman WhatsApp: MCMC dijangka keluarkan kenyataan

Sidang Media Jurucakap Kerajaan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato' Seri Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, Meta sebelum ini meminta tempoh sehingga pukul 3 petang Isnin lalu untuk mengemukakan maklum balas kepada isu yang dibangkitkan MCMC. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan diminta mengeluarkan kenyataan susulan maklum balas yang diterima daripada Meta berhubung isu penggodaman dan penyahaktifan akaun WhatsApp.

Jurucakap Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Meta sebelum ini meminta tempoh sehingga pukul 3 petang Isnin lalu untuk mengemukakan maklum balas kepada isu yang dibangkitkan MCMC.

"Saya belum sempat mendapatkan maklumat terkini.

"Hasil daripada perbincangan, pihak Meta meminta (masa) sehingga pukul 3 petang pada hari Isnin lalu untuk menghantar maklum balas mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak MCMC mengenai penggodaman dan juga penyahaktifan akaun WhatsApp.

"Saya akan minta supaya pihak MCMC mengeluarkan kenyataan hasil daripada maklum balas daripada pihak Meta itu," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini, pada Rabu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, MCMC menerima aduan orang ramai berkaitan akses akaun WhatsApp yang disekat dan digodam.

Must Watch Video

Advertisement