awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia

Bernama
Bernama
18/05/2023
02:20 MYT
Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Zhao Leji melintasi kawalan kehormat setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA untuk memulakan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia bermula hari ini. --fotoBERNAMA
SEPANG: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia.
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada 8.15 pagi ini.
Ketibaan mereka disambut Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng and Ketua Protokol Kementerian Luar Mohd Aini Atan.
Zhao kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 26 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Mohd Hafeez Abdul Halim.
Malaysia merupakan negara terakhir Zhao dalam lawatan tiga negara selepas Maghribi dan Senegal.
Penggubal undang-undang tertinggi China itu dijadual mengadakan mesyuarat delegasi dua hala dengan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini.
Ketika lawatannya, beliau dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga akan ke Melaka sebagai sebahagian daripada lawatannya termasuk melawat Jonker Walk, Muzium Warisan Baba dan Nyonya serta Selat Melaka sebelum berlepas pulang ke Beijing pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zhao Leji
#lawatan rasmi
#China
#Rais Yatim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan