WASHINGTON: Usahawan jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk yang baru-baru ini memperoleh Twitter berkata platform media sosial itu tidak lama lagi akan membolehkan pengguna untuk membuat catatan lebih panjang, lapor Sputnik.
"Tidak lama lagi Twitter akan menambah keupayaan untuk pengguna membuat catatan teks ciapan panjang, menamatkan tangkapan skrin notepad," kata Musk di laman Twitternya pada Sabtu.
Dalam satu lagi ciapan, Musk berjanji untuk turut menambah baik fungsi carian rangkaian sosial itu.
"Carian dalam Twitter mengingatkan saya tentang Infoseek pada '98! Itu juga akan menjadi lebih baik secara pronto," kata Musk.
Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan Twitter dengan belian US$44 bilion minggu lepas sebelum pengundi keluar mengundi pada pemilihan pertengahan penggal pada 8 Nov bagi menentukan siapa akan mengawal Kongres AS.
Menurut Musk, Twitter mempunyai banyak potensi, namun syarikat itu pada masa ini tidak mempunyai pilihan selain memecat pekerja memandangkan syarikat itu mengalami kerugian.
Lima pekerja dan bekas pekerja memfailkan saman terhadap syarikat media sosial itu pada Khamis kerana didakwa gagal memberikan notis yang mencukupi mengenai pemberhentian besar-besaran berikutan pengambilalihan Musk itu.
Selepas melengkapkan pemerolehan rangkaian media sosial itu, Musk memecat Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan Ketua Pegawai Undang-undang Vijaya Gadde.
Jutawan AS itu juga berkata majlis khas "dengan sudut pandangan yang pelbagai" akan ditubuhkan untuk menyederhanakan platform berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2022
Menurut Musk Twitter mempunyai banyak potensi, namun syarikat itu pada masa ini tidak mempunyai pilihan selain memecat pekerja memandangkan syarikat itu mengalami kerugian. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
X perkenal penjana imej generasi baharu pada Grok, hasil gambar lebih realistik
Model baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia.
Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Keputusan itu sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat Elon Musk dengan Trump.
X dibenar beroperasi semula di Brazil selepas akur permintaan mahkamah
X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda selepas akaun Starlink dibekukan.
Nilai X dilapor susut hampir 80% sejak dibeli Elon Musk
X dihantui pelbagai isu besar sejak Musk mengatakan ia adalah platform sebenar untuk kebebasan bersuara.
X bakal tambah tab khusus untuk video tidak lama lagi
X akan memfokuskan kepada kandungan video dan bereksperimen dengan aplikasi untuk televisyen.
Threads kini sokong sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian
Threads menyokong perkongsian sehingga 20 gambar, memberikan pengalaman yang mirip dengan zaman keagungan Twitter.
Bluesky kini mempunyai lebih 9 juta pengguna
Penambahan drastik kebelakangan ini berlaku apabila platform X dihalang di Brazil, menyebabkan ramai beralih ke Bluesky.
Threads kini hampiri 200 juta pengguna aktif bulanan
MARK Zuckerberg hari ini berkongsi bahawa Threads terus memperlihatkan peningkatan pengguna aktif dari hari ke hari.
X sedang bangunkan kaedah halang pautan pada respons balasan
Melalui ciri ini, pemilik tweet atau perkongsian asal boleh memilih sama ada membenarkan pautan pada respons balasan mereka, atau mematikannya.
Selepas setahun, Threads kini punyai lebih 175 juta pengguna aktif bulanan
Threads dilancarkan pada Julai 2023, memperlihatkan jutaan pengguna berebut mendaftar dalam hanya beberapa jam ia diperkenalkan.