awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
MAIS ingatkan umat Islam tidak sertai aktiviti, tolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu sanggup dermakan hati, cari dana selamatkan bayi 7 bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2026
14:30 MYT
Ibu sanggup dermakan hati, cari dana selamatkan bayi 7 bulan
Kamalin Mastura (dua dari kanan) bersama Wan Elara Adreena dan ditemani suami, Mohamed Asraf (dua dari kiri). Gambar kecil: Pembedahan pemindahan hati Wan Elara Adreena dijadualkan berlangsung pada 21 Januari di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
SHAH ALAM: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan, Wan Elara Adreena Wan Mohamed Asraf, kini berdepan ujian besar apabila disahkan menghidap Biliary Atresia sejak berusia sebulan, iaitu penyakit yang menyebabkan salur hempedu tersumbat sekali gus menjejaskan fungsi hati.

Ringkasan AI
  • Bayi perempuan berusia tujuh bulan, Wan Elara Adreena Wan Mohamed Asraf, dijangkiti penyakit Biliary Atresia yang merosakkan fungsi hati akibat salur hempedu tersumbat sejak usia sebulan.
  • Ibunya bersetuju untuk menderma sebahagian hatinya bagi pemindahan hati Wan Elara Adreena yang dijadualkan pada 21 Januari di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
  • Kutipan dana sebanyak RM150,000 diperlukan oleh CCEP Foundation untuk kos pembedahan pemindahan hati Wan Elara Adreena; orang ramai dipelawa menyumbang melalui akaun RHB 26219300009342.

Ibunya, Kamalin Mastura berkata, Elara menjalani pembedahan Kasai ketika berusia kira-kira dua bulan, namun keadaan hati bayinya masih tidak stabil selepas pembedahan itu.
Menurutnya, bacaan fungsi hati Elara terus merosot selain dua kali dijangkiti jangkitan salur hempedu. Walaupun telah menerima rawatan antibiotik, paras jaundis anaknya kekal tinggi.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemindahan hati adalah satu-satunya pilihan bagi membantu Elara,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kamalin Mastura bersetuju untuk menderma sebahagian hatinya sendiri bagi menyelamatkan nyawa anaknya itu.
Pembedahan pemindahan hati Wan Elara Adreena dijadualkan berlangsung pada 21 Januari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan akan dikendalikan pasukan pemindahan hati berpengalaman.
Prosedur itu disifatkan mencabar kerana melibatkan pesakit bayi.
Kamalin Mastura turut memaklumkan beliau mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun, manakala urusan penjagaan anak-anak ketika ini dibantu ibunya yang berusia 55 tahun.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CCEP Foundation, Yvonne Yee berkata, pihaknya menyasarkan kutipan dana sebanyak RM150,000 bagi menampung kos pembedahan pemindahan hati Wan Elara Adreena.
“Kami berharap orang ramai dapat bersama-sama membantu memberi peluang kepada Elara untuk terus membesar dan menjalani kehidupan yang lebih baik,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan kepada CCEP Foundation (nyatakan: Elara) melalui akaun RHB 26219300009342 dan maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web ccep.org.my. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jangkitan
#CCEP Foundation
#kos pembedahan
#rawatan antibiotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan