awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna data akan diwajibkan lantik pegawai pelindungan data - Annuar

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2022
06:22 MYT
Pengguna data akan diwajibkan lantik pegawai pelindungan data - Annuar
Pengguna data akan diwajibkan melantik pegawai perlindungan data menerusi cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengguna data akan diwajibkan melantik pegawai perlindungan data menerusi cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan pindaan itu turut meliputi pengenalan kepada notifikasi ketirisan data yang mewajibkan semua pengguna data untuk melaporkan kebocoran data kepada Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dalam tempoh 72 jam.
"Cadangan pindaan akta ini telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada 28 Jun lalu untuk tindakan lanjut.
“Sebaik sahaja kita menerima maklum balas atau draf akhir daripada Jabatan Peguam Negara, satu kertas atau memorandum Jemaah Menteri akan segera disediakan.
"Saya berharap dapat membentangkan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) pada sidang Parlimen akan datang yang dijadualkan bermula pada Oktober," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas-Setiu) mengenai perancangan kementerian untuk meminda beberapa fasal dalam akta berkenaan bagi menangani jenayah pencerobohan hampir 100 juta data peribadi.
Annuar menjelaskan, pindaan itu akan turut mewajibkan pemproses data untuk patuh kepada prinsip keselamatan dan membenarkan pemindahan data peribadi antara pengguna data atas permintaan subjek data sekiranya sistem teknikal membenarkannya.
Selain pindaan akta berkenaan, beliau berkata, kementerian juga sedang mengusahakan langkah lain bagi menangani isu ketirisan dan jenayah scam termasuk advokasi dan mewujudkan satu platform bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan panggilan yang diterima mereka.
"Kita sedang merancang untuk mengadakan satu platform iaitu orang awam apabila menerima panggilan yang meragukan, mereka terus dapat merujuk untuk menyemak kesahihan nama tersebut sama ada datang daripada pemegang talian yang sah ataupun tidak," ujarnya.
Beliau berkata, perkara itu sedang dilihat kementerian itu khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta memerlukan kerjasama dengan semua pembekal perkhidmatan di negara ini.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Dewan Rakyat
#Akta Perlindungan Data Peribadi
#Jabatan Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan