PETALING JAYA: GX Bank Berhad (GXBank) kini menyokong ciri pembayaran menggunakan kod QR DuitNow yang membolehkan transaksi dibuat dengan mudah dan pantas.
Kenyataan pada Rabu berkata ia bagaimanapun sedang dilancarkan secara berperingkat di kedua platform iOS dan Android.
Genap 111 hari dilancarkan, Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Pei Si Lai berkata sambutan sangat memberangsangkan dengan lebih 200 ribu pengguna berdaftar setakat ini.
Ujarnya, sambutan makin menggalakkan selepas mereka memperkenal kad debit pada Januari lalu, dengan menawarkan pulangan tunai sebanyak satu peratus
"Segala sokongan ini memberikan kami motivasi untuk terus berusaha, berkhidmat kepada lebih ramai orang," tambahnya.
Dalam pada itu, tambah Pei, GXBank akan memperkenalkan program rujukan di mana pelanggan berpeluang menerima insentif apabila berjaya mengesyorkan perkidmatan mereka kepada keluarga dan rakan.
Pada bulan sama, kempen raya 'Rezeki Aneka Poket' bakal diadakan bertujuan menggalakkan pelanggan menyimpan lebih banyak dalam bank digital pertama negara tersebut.
Bukan itu sahaja, misi 'Impian GIGih' turut akan dilancarkan bagi merealisasikam impian GXBank memacu keterangkuman dan kecelikan kewangan sekali gus memperluaskan akses perkhidmatan kewangan terutamanya kepada golongan yang memerlukan.
"Inisiatif ini selaras dengan etos dan operasi GXBank sejak penubuhannya pada November tahun lalu.
"Impian GIGih mencerminkan komitmen teguh GXBank untuk memperkukuh daya tahan kewangan Malaysia, terutama dalam keadaan ekonomi masa hadapan yang tidak menentu.
"Dengan tumpuan kepada pekerja gig dan golongan B40, GXBank akan memanfaatkan potensi teknologi dan data bagi memudahkan mobiliti sosial antara generasi.
Usaha awal Impian GIGih dapat dilihat pada akhir Februari, ketika ibu bapa sibuk membuat persiapan hari pertama persekolahan anak-anak mereka.
Sebanyak 500 kit kembali ke sekolah telah diedarkan kepada kanak-kanak dari keluarga B40 dan pemandu Grab di Kelantan dan Johor Bahru.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu diagihkan secara fizikal dan dalam talian bersama rakan kongsi perintis, MYDIN dan GoBarakah.
Nabilah Khaleeda
Thu Mar 21 2024
Ciri pembayaran menggunakan kod QR DuitNow kini sedang dilancarkan secara berperingkat di kedua-dua platform iOS dan Android.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengguna GXBank kini boleh membuat transaksi guna kod QR DuitNow
GX Bank Berhad (GXBank) kini menyokong ciri pembayaran menggunakan kod QR DuitNow yang membolehkan transaksi dibuat dengan mudah dan pantas.
5 trend fintech utama bakal bentuk Malaysia pada 2024
Menurut Fintech News Malaysia, Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan ketara dalam industri teknologi kewangan atau fintech pada 2024.
Al Rajhi Bank Malaysia umum peletakan jawatan Arsalaan Oz Ahmed sebagai CEO
Di bawah pimpinannya, bank mencatatkan kejayaan kewangan tertinggi dalam sejarah bank Islam, disokong oleh bank induk.
BigPay dipilih sebagai rakan e-dompet untuk inisiatif ePemula
Pengguna boleh menuntut kredit RM150 mereka offline melalui pembayaran kad BigPay atau ciri pembayaran BigPay DuitNow QR.
Potensi untuk fintech, kewangan Islam sangat besar - Pakar
Potensi untuk teknologi kewangan (fintech) dan kewangan Islam sangat besar kerana industri ini masih baharu dan sebahagian besarnya belum diterokai.
Malaysia mula menguasai fintech sejak 2016 - Backbase
Trend sistem perbankan di Malaysia telah mula dipacu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2016.
Pengenalan BNPL semasa COVID-19 tepat pada masanya
Dylan Tan berkata, tidak menghairankan apabila melihat ramai peruncit di Malaysia menggunakan kaedah pembayaran alternatif yang lebih selesa ini.
Fintech, pendigitalan pacu pemulihan kewangan Islam pasca-COVID - Pakar
Pandemik COVID-19 terbukti telah mempercepat pembangunan pendigitalan yang merentasi bank-bank Islam serta membabitkan teknologi kewangan Islam.
iMoney, RHB dan RAMCI beri khidmat percuma semak skor kredit
Rakyat Malaysia kini boleh semak skor kredit mereka secara percuma di atas talian. Khidmat ini dikendalikan secara bersama oleh iMoney, dengan kerjasama RAMCI dan RHB Bank Berhad.
Grab bergabung dengan Uber di Asia Tenggara
Ini adalah pencapaian terbesar bagi Grab ke arah mencapai matlamat menjadi platform penyedia perkhidmatan pengangkutan e-hailing, fintech dan penghantaran makanan utama di Asia Tenggara.