awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi

Bernama
Bernama
17/02/2025
12:27 MYT
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Fahmi berucap semasa Program Digital Leadership Excellence Graduation Ceremony 2024 hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sebagai sebuah negara majmuk dan mempunyai masyarakat berbilang kaum, pengguna media sosial perlu mengamati dan menjaga sensitiviti dalam melontarkan komen serta pendapat di platform berkenaan.
"Kita perlu berpada-pada dalam mengemudi sentimen yang sering kali begitu mudah tersebar atau ditular dalam media sosial... nasihat saya sebagai Menteri Komunikasi ialah kita perlu bersederhana dalam meletakkan komen.
"Kadang-kadang kita merasakan komen yang kita letak itu tak ada siapa yang akan nampak, tapi sebenarnya zaman sekarang terlalu mudah untuk sesiapa, tak perlu jadi warga MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).
"Kadang-kadang netizen boleh mendapat pelbagai maklumat tentang seseorang yang meletakkan komen dalam media sosial, jadi saya merasakan kita perlu bersederhana," katanya dalam sidang media selepas Digital Leadership Excellence Graduation Ceremony 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kontroversi peniaga jagung bersifat perkauman, yang masih menjadi polemik di media sosial ketika ini.
Semalam, penjual jagung yang mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman itu telah memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya kaum India atas perbuatannya.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di X berkata peniaga tersebut juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#MCMC
#perpaduan
#kaum india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan