ORANG ramai perlu menggunakan Internet secara bertanggungjawab dan menyedari implikasi daripada setiap hantaran mereka di media sosial.
Pengarah Undang-Undang, Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan bagi ASEAN dan Pasaran Baharu Microsoft Malaysia, Dr Jasmine Begum berkata pengguna Internet selalu membicarakan soal keselamatan dan hak privasi, namun mereka tetap cenderung melakukan perkara yang bertentangan dengannya.
Beliau memberi contoh penyebaran gambar kanak-kanak di Internet yang memperlihatkan bagaimana pengguna masih tidak menyedari kesan penggunaan Internet secara tidak bertanggungjawab.
"Ibu bapa perlu sedar. Apabila mereka menghantar maklumat mengenai anak-anak mereka dan berkongsi maklumat berkenaan, mereka perlu lebih berhati-hati, dan (ibu bapa) perlu bertanggungjawab terhadap apa yang telah dikongsikan.
"Pertama sekali, keselamatan anak-anak, memanglah media sosial ini bagus tetapi ia perlu dilakukan secara bertanggungjawab. Membuat hantaran tentang makanan boleh tetapi apabila membuat hantaran gambar-gambar anak, adakah ia akan mendedahkan tentang latar belakang anak itu, adakah ia akan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, jadi saya fikir ibu bapa perlu sedar (perkara ini)," katanya kepada Bernama.
Jasmine adalah antara ahli panel pada Kolokium Kebangsaan mengenai Pemahaman Islam, 'Islam and Disruptive Technologies' di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata generasi muda kini gemar membuat hantaran di Internet yang kadangkala tidak memikirkan mengenai kesannya.
Beliau berkata pengguna juga suka menggunakan perkhidmatan WiFi di tempat awam tanpa menyedari data mereka boleh diceroboh atau dicuri.
"Anda pergi ke tempat awam dan menggunakan WiFi yang disediakan, dan jika seseorang telah melakukan 'spoofing' (penipuan) di laman berkenaan, WiFi itu dan anda klik padanya, data anda boleh dicuri.
"Jika saya biasa ke satu tempat awam setiap hari dan seseorang memerhatikan saya bekerja di situ sepanjang hari, mereka akan tahu bahawa saya menggunakan WiFi di situ, boleh jadi data bank saya akan dicuri, penipuan (laman web) kerap terjadi kebelakangan ini," katanya.
Terdahulu, Pengerusi IKIM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dalam ucapannya berkata media sosial hanyalah alat dan tidak mendatangkan kemudaratan melainkan ada yang menyalahgunakannya.
"Kini ramai yang menghabiskan banyak masa dengan gajet. Keadaan ini mendorong berlakunya masalah obesiti dan penyakit.
"Media sosial juga telah menjadi platform kepada sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan mereka dengan bebas apa lagi ia turut membenarkan komen-komen daripada orang yang enggan dikenali," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019
Ibu bapa perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat mengenai anak-anak. -Gambar hiasan
Kerajan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.