awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/02/2024
13:45 MYT
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Siraj Jalil berkata penjenayah siber menggunakan pelbagai data yang dicuri untuk memastikan setiap usaha memperdaya pengguna berjaya.
KUALA LUMPUR: Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata penjenayah siber menggunakan pelbagai data yang dicuri untuk memastikan setiap usaha memperdaya pengguna membuahkan hasil lumayan.
“Aspek jenayah siber ini sangat berkait rapat dengan maklumat peribadi, maklumat sikap dan sikap kita terhadap penggunaan ruangan siber. Kalau kita ada sikap tamak, culas dan sambil lewa, kita akan menjadi sasaran penjenayah siber.
“Penjenayah siber bukan kategori jenayah biasa, sebaliknya dikategorikan sebagai jenayah pintar. Ini kerana, mereka akan mengkaji corak sikap pengguna dan ditambah dengan maklumat peribadi yang digodam melalui pelbagai pusat simpanan data,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Pengguna tamak, culas sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Tambah Siraj, pengguna harus faham bahawa penjenayah siber merupakan kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Oleh itu, tanpa kesedaran mengenai dunia siber, pengguna akan lebih mudah terjerat dalam tindakan berniat jahat penjenayah-penjenayah ini.
“Mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah siber ini tidak lain tidak bukan, mereka yang ada pengetahuan yang tinggi dalam aspek digital dan teknologi maklumat (ICT). Mereka yang menggunakan platform dunia siber ini tanpa pengetahuan dan kesedaran yang jelas akan mudah terjerat,” katanya lagi.
Beliau menyarankan agar pengguna lebih berhati-hati memilih kandungan yang diakses di platform digital dan tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi secara terbuka dalam talian.
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#pengguna siber
#Agenda Awani
#jenayah siber
#penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan