Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak mempunyai akses terus kepada pembekal perisian perakaunan cukai barang dan perkhidmatan (GST) boleh mencari pembekal yang menyediakan perisian perakaunan versi 'Cloud'.
Penolong Kanan Pengarah Kastam, Wan Nor Wan Mat berkata perkhidmatan 'Cloud' ini memberi peluang kepada peniaga untuk menjalankan urusan berkenaan GST hanya di atas talian.
Mengulas mengenai kekurangan pembekal perisian GST di luar kawasan Kuala Lumpur, beliau berkata pusat perniagaan utama yang kebanyakannya beroperasi di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang secara langsung mendorong pembekal perisian GST untuk tertumpu hanya di sekitar Lembah Klang.
Perisian perakaunan GST memudahkan peniaga mengeluarkan invois cukai, nota debit, nota kredit, merekodkan data jurnal secara automatik dan dapat menghasilkan laporan yang diperlukan bagi GST.
Ia juga akan menghasilkan fail audit GST yang diperlukan oleh juru audit pihak kastam ketika menjalankan proses audit.
Sementara itu, antara pembekal perisian yang telah disahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang menawarkan perkhidmatan 'Cloud' ini adalah syarikat OMNI2U Account Sdn Bhd.
Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Abdul Hannan Abdullah berkata peniaga PKS boleh membuat langganan asas bagi setahun pada harga serendah RM1,460.
Syarikat tersebut turut menawarkan perkhidmatan bantuan latihan kepada pelanggan bagi penggunaan perisian perakaunan ini.
"Apabila mereka (PKS) sudah membeli (perisian), kita akan berikan latihan sehari secara percuma.
"Kami turut menawarkan latihan atas talian, mereka (PKS) boleh menggunakan saluran YouTube dan memahami sistem itu tersendiri," kata Abdul Hannan.
Tambah beliau lagi, sistem 'Cloud' ini hanya memerlukan sebuah peranti dan sambungan internet. Ini secara langsung memberi peluang kepada PKS untuk melaksanakan perakaunan perniagaan mereka atas talian di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Dania Zainuddin
Fri Feb 06 2015
Perkhidmatan 'Cloud' ini memberi peluang kepada peniaga untuk menjalankan urusan berkenaan GST hanya di atas talian.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.
PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.