Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetap dengan pendirian kerajaan untuk mempertahakan kesucian dan kemuliaan agama Islam termasuk kalimah Allah.
Bagaimanapun Najib berkata penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang agama negeri selaras dengan kandungan resolusi Penyelesaian 10 Perkara yang dipersetujui kerajaan sebelum ini.
"MT tetap dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan kesucian dan kemuliaan agama Islam termasuk kalimah Allah.
"MT juga mengambil maklum penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui Kerajaan Pusat, namun perjanjian itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan negeri.
"Maknanya kalau negeri ada enakmen, ia adalah tertakluk kepada enakmen di peringkat negeri itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.
Najib seterusnya berkata, rakyat di negeri-negeri yang tidak mempunyai enakmen berkaitan agama islam boleh meneruskan amalan mereka seperti biasa.
"Negeri yang tak ada enakmen seperti Sabah dan Sarawak, amalan seperti biasa boleh diteruskan dan tiada mana-mana pihak boleh menakutkan-nakutkan mereka," katanya.
Sebelum ini banyak pihak menggesa supaya kerajaan mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara yang dicapai bersama kumpulan-kumpulan Kristian di negara ini pada April 2011.
Bagaimanapun tegas Najib, pendirian kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah adalah selari dengan perkara ke sembilan resolusi berkenaan.
Shafizan Johari
Fri Jan 24 2014
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Penggunaan kalimah Allah tertakluk enakmen negeri - Najib
Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang agama negeri.