KUALA KRAI: Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sungai Durian-Chenulang di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang maut, Muhamad Zul Iman Zulkifli, 17, dipercayai keluar untuk menghantar makanan namun berlanggar dengan lori berkenaan apabila sampai di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pemandu lori berkenaan dipercayai dari kebun di Chenulang dan mahu pulang ke rumah di Kampung Chenulang.
“Semasa hendak keluar simpang di jalan besar, pemandu lori mahu keluar ke susur sebelah kiri. Tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dari sebelah kanan jalan lalu melanggar lori berkenaan.
“Bagaimanapun, pemandu lori yang berusia 61 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 03 2021
Motosikal yang ditunggang mangsa semasa kemalangan. - Foto Sinar Harian
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Penghantar makanan maut bertembung lori
Penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah lori manakala penunggang basikal tercampak di bahu jalan dan mengalami kecederaan ringan.
Penghantar makanan maut, motosikal ditunggang langgar pikap
Motosikal ditunggang mangsa gagal mengelak sebuah pikap di hadapannya yang secara tiba-tiba memasuki laluan kiri.
Penghantar makanan maut langgar lori
Mangsa dipercayai keluar untuk menghantar makanan namun berlanggar dengan lori berkenaan apabila sampai di lokasi kejadian.