PUTRAJAYA: Seorang penghantar makanan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengedar 764.9 gram dadah jenis kanabis dipinda kepada memiliki dadah.
Izad Shahizal Pungot, 41, sebaliknya dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah.
Hakim Hadhariah yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata trend hukuman penjara bagi kesalahan itu antara 10 hingga 12 tahun.
Beliau berkata mahkamah berpendapat hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan adalah memadai. Beliau memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 16 Jan 2018.
Terdahulu peguamnya, K.S. Pang memaklumkan kepada mahkamah Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi anak guamnya untuk meminda pertuduhan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, Izad Shahizal melakukan kesalahan itu di sebuah Pangsapuri Desa Dato' Hajah Hasnah di Johor Bahru, Johor pada 9.30 malam, 16 Jan 2018.
Bapa kepada dua anak itu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Johor pada 24 Nov 2021 selepas didapati bersalah melakukan kesalahan itu.
Berdasarkan fakta kes, polis telah menahan Izad Shahizal selepas menemukan dadah dengannya dan dia dibawa balik ke pejabat narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru.
Semasa soal siasat, dia mengaku ada menyimpan dadah di rumahnya. Polis kemudian pergi ke pangsapurinya dan Izad Shahizal menunjukkan di mana dia sembunyikan dadah berkenaan.
Dalam rayuannya, Pang memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara kurang daripada 10 tahun sambil menyatakan anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu sambil menambah dadah itu adalah untuk kegunaan Izad Shahizal sendiri.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas lelaki itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Hakim memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 16 Jan 2018. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin 9 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China
Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pengemis jalanan OKU dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di Johor Bahru, Khamis lepas.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Seorang penjawat awam adalah antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki menjadi dalang pengedaran dadah yang melibatkan dalang rampasan lebih RM2 juta dalam dua operasi berasingan, baru-baru ini.
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di arau
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.
Malaysia juarai Pestabola Merdeka 2024
Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lubnan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Tiga isu jenayah diberi penekanan dalam Kod Tatalaku media sosial - Fahmi
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial.
Bekas calon Presiden Venezuela, Gonzalez diberi suaka politik di Sepanyol - Naib Presiden
Pejabat peguam Negara Venezuela sedang menyiasat penerbitan data pusat mengundi pembangkang di sebuah tapak dalam talian.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Dadah yang dirampas itu mampu menanggung penggunaan 30,000 penagih dadah.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
83 anggota pasukan pertahanan awam terkorban di Gaza sejak Oktober lepas
Pasukan Pertahanan Awam Palestin di Semenanjung Gaza pada Ahad mengumumkan kematian timbalan pengarahnya bagi utara Gaza dalam serangan udara Israel.
Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas penghantar barang yang merogol seorang murid darjah enam di sebuah hotel bajet, empat tahun lepas.
Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.
Penghantar makanan maut motosikal bertembung kereta
Mangsa, Muhammad Hasmadi Jamil, 24, maut di tempat kejadian apabila parah di kepala dan badan.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan
Kejadian jarang berlaku itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu merakam gelagat lelaki tersebut.
Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.
Penghantar makanan maut motosikal langgar penghadang jalan
Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Bukit Gambir, di sini pada petang Selasa.
Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah stesen MRT.
Kadar upah: Penghantar minta UMNO, TPM campur tangan
Adul Hakim mendakwa, skim baharu kadar upah pengambilan dan penghantaran berkuat kuasa 16 Jan lalu menyebabkan pendapatan mereka terjejas.