awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar piza dipenjara 20 tahun, 10 sebatan rogol kanak-kanak 5 tahun

Bernama
Bernama
30/04/2014
07:47 MYT
Penghantar piza dipenjara 20 tahun, 10 sebatan rogol kanak-kanak 5 tahun
Seorang penghantar piza hari ini dipenjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah merogol anak bekas teman wanitanya yang berusia lima tahun, Julai tahun lepas.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Hamdan Ahadluddin, 53, bersalah merogol kanak-kanak perempuan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
"Mahkamah berpendapat pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata. Oleh itu, tertuduh didapati bersalah seperti mana dalam pertuduhan," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Julai 2013.
Hamdan didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Lembah Subang, Petaling di sini pada Mei 2013.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Terdahulu peguam P.G Cyril yang mewakili Hamdan memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan dilakukan oleh pihak polis.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pula berkata mahkamah perlu mengambil kira rekod kesalahan lampau iaitu rogol yang pernah dilakukan tertuduh pada 2005 sebelum menjatuhkan hukuman.
"Tertuduh tidak pernah insaf meskipun mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia masih melakukan kesalahan yang sama (rogol) terhadap kanak-kanak itu yang sepatutnya perlu dilindungi olehnya," kata Nur Aishah.
Tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan