awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar tumbuhan ditahan seludup lebih 1,000 anak pokok dari negara jiran

Bernama
Bernama
10/11/2024
02:30 MYT
Penghantar tumbuhan ditahan seludup lebih 1,000 anak pokok dari negara jiran
Seorang penghantar tumbuhan ditahan polis kerana disyaki menyeludup 1,296 pelbagai spesis anak pokok dari Thailand dianggarkan bernilai RM134,500 dalam Operasi Taring Wawasan, semalam. - Gambar PGA Kelantan
KOTA BHARU: Seorang penghantar tumbuhan ditahan polis kerana disyaki menyeludup 1,296 pelbagai spesis anak pokok dari Thailand dianggarkan bernilai RM134,500 dalam Operasi Taring Wawasan, semalam.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, kesemua anak pokok itu ditemukan dalam sebuah lori dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Kampung Parit Air, Rantau Panjang.
Beliau berkata, suspek warga tempatan berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.30 tengah hari dan dipercayai kesemua anak pokok berkenaan adalah untuk pasaran tempatan.
"Hasil pemeriksaan pada lori itu, PGA menemukan 700 anak pokok bidara, 298 pokok longan, 200 pokok jambu muda dan 98 pokok jenis Buchida Batik dipercayai dibawa tanpa dokumen yang sah.
"Kes ini disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5 manakala kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, PGA menahan seorang lelaki warga Myanmar di Kampung Mentua, Tumpat dalam operasi sama pada Jumaat lepas.
Nik Ros Azhan berkata, pendatang tanpa izin berkenaan ditahan pada 6.50 petang kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.
Menurutnya, lelaki itu dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Beliau berkata, suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup anak pokok
#penghantar tumbuhan
#Operasi Taring Wawasan
#Pasukan Gerakan Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan