MALAYSIA
Pengharaman vape: KKM akan bentang syor pakar ke Kabinet

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata syor berkenaan, yang akan dibentang sebaik proses kajian itu selesai, menjadi langkah susulan penting ke arah pengharaman produk itu di Malaysia. - Foto BERNAMA
KANGAR: Kementerian Kesihatan sedang menunggu hasil kajian terperinci jawatankuasa pakar berhubung pengharaman rokok elektronik atau vape sebelum membentangkan syor itu kepada Kabinet.
Ringkasan AI
- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menunggu hasil kajian pakar sebelum membentangkan syor pengharaman vape kepada Kabinet.
- Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 berjaya mengurangkan varian produk merokok di pasaran daripada 6,824 kepada 2,794.
- Kerajaan komited melaksanakan penguatkuasaan tegas bagi melindungi golongan muda daripada terdedah kepada vape.
Perasmian itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Karnival itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Dewan 2020 sebagai antara program sisipan bersempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Dzulkefly juga berkata langkah kerajaan mewarta dan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) menunjukkan impak positif apabila berlaku penurunan kebolehdapatan produk itu di pasaran.
Beliau berkata sehingga Jun lepas, terdapat 2,794 varian produk merokok termasuk vape direkodkan di pasaran berbanding sebelum Akta 852 dikuatkuasakan iaitu sebanyak 6,824 varian.
"Jadinya 40.9 peratus sahaja yang tinggal... kalau kita tegas, penguatkuasaan lebih keras, saya yakin kita benar-benar dapat mengawal selia (penjualan rokok dan vape).
"Paling penting ialah OBD (Orang Bukan Dewasa), pelajar-pelajar, anak kita tidak terdedah kepada vape," katanya.
Dzulkelfly berkata Akta 852 akan dilaksana secara tegas bagi mengawal selia produk merokok termasuk vape demi kesihatan awam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami