MERSING: Pengurusan hutan dan penggunaan tanah yang mapan bertujuan memelihara biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem, diharap dapat direalisasikan melalui pemerkasaan Penghijauan Koridor 'Central Forest Spine' (CFS).
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Datuk Salim Aman berkata melalui inisiatif itu, lebih 3,000 anak pokok daripada spesies asli terutama pokok nadir dan spesies bukan dipterokarp (pokok hutan) akan ditanam termasuk Merbau, Tampoi, dan Kerdas di Hutan Simpan Mersing.
Beliau berkata Hutan Simpan Mersing merupakan sebahagian daripada koridor ekologi projek 'Improving Connectivity in the Central Forest Spine' (IC-CFS) dan subset kepada Kompleks Hutan Endau Rompin-Ulu Sedili yang merupakan kawasan habitat hidupan liar serta penempatan komuniti Orang Asli.
IC-CFS merupakan sprojek yang mula diperkenalkan pada 2014 bertujuan memulihara biodiversiti serta perkhidmatan ekosistem di landskap hutan berkepentingan dalam kawasan CFS, oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
"Aktiviti penanaman pokok bukan sahaja memberi manfaat kepada hidupan liar di sekitar koridor ekologi, bahkan antara kaedah dalam menggalakkan penyerapan karbon," katanya pada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Penghijauan Koridor CFS di Hutan Simpan Mersing di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah JPNJ Abd Ramli Zauyahhudin.
Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran influencer (pempengaruh) media sosial iaitu Hazeman Huzir, Shazz Zainuddin dan Schaffy Zainuddin yang turut menyertai aktiviti menanam pokok.
Salim berkata Penghijauan Koridor CFS seluas satu hektar itu melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), masyarakat Orang Asli serta wakil FELDA.
"Antara lain, ia menyediakan platform bagi pemuliharaan biodiversiti dan usaha rehabilitasi hidupan liar terutama dalam meningkatkan kesalinghubungan ekologi IC-CFS di sekitar Hutan Simpan Labis Timur-Lenggor-Mersing dengan pembiayaan daripada Global Environment Facility (GEF) dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
"Selain itu, Hutan Simpan Endau Rompin sebagai kawasan kepelbagaian mega-mikrob kedua terbesar negara merupakan satu titik tambah ke arah pemuliharaan rangkaian kritikal IC-CFS di Kompleks Hutan Endau Rompin-Ulu Sedili yang merupakan penempatan masyarakat Orang Asli, bertepatan dengan hasrat memulihara kawasan terjejas dan mengiktiraf peranan masyarakat tersebut dalam melindungi hutan," katanya.
Sebagai rekod, JPNJ menyasarkan empat juta pokok ditanam dalam tempoh lima tahun bagi menjayakan agenda penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara menjelang 2025 dengan purata 800,000 pokok setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021

Datuk Salim Aman berkata, Hutan Simpan Mersing merupakan sebahagian daripada koridor ekologi projek 'Improving Connectivity in the Central Forest Spine' (IC-CFS). - Bernama

Vaksin COVID-19 | FDA lulus dos penggalak untuk 5-11 tahun
Pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA) meluluskan penggunaan suntikan penggalak vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Ini menjadikan semua individu di amerika syarikat berumur lebih lima tahun layak untuk mendapatkan dos ketiga.

Sukan SEA | Kok Leong menang emas perseorangan 6-red snuker
Pemain snuker negara Lim Kok Leong memastikan pingat emas sukan sea acara perseorangan 6-red snuker lelaki kekal dalam genggaman malaysia, dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium, malam Selasa. Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA, selepas acara itu dipertandingkan semula, selepas sembilan tahun.

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Jabatan Perhutanan Johor siasat kes pendaki sesat di Gunung Banang Sabtu lepas
Pendaki yang sesat di Gunung Banang dua hari lepas didapati tidak memohon Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal sepertimana yang telah disyaratkan, kata Jabatan Perhutanan Johor.

Empat lelaki ditahan miliki senjata api buatan sendiri
Semua suspek berusia antara 28 hingga 31 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan kegiatan memburu secara haram di kawasan hutan simpan di daerah ini.

Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin
Perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.

Isu pembalakan: NGO dakwa lebih 600,000 ekar hutan diteroka
Anggaran keluasan penerokaan itu diperolehi hasil semakan selain pemantauan melalui imej satelit, dron serta peranti lain.

Perubahan iklim cetus penurunan ketara dalam bilangan serangga
Penurunan biodiversiti serangga meletakkan fungsi ekologi penting ini dalam risiko, mengancam mata pencarian manusia dan keselamatan makanan.

Mengejutkan! Hutan Malaysia hampir seluas Singapura didakwa akan dimusnahkan
Sekurang-kurangnya 72,584.73 hektar (ha) hutan di Semenanjung Malaysia, atau hampir seluas Singapura didakwa akan dimusnahkan dalam masa terdekat.

Hampir dua jam tersesat di Bukit Jugra
Laporan awal memaklumkan mangsa lelaki tempatan berusia 52 tahun itu telah tersesat dan terpisah dengan isterinya ketika mendaki bukit terbabit.

N. Sembilan kutip RM9.3 juta hasil pelesenan hutan simpanan kekal - MB
Pelesenan hutan simpan itu termasuk Hutan Simpan Triang, Hutan Simpan Kenaboi, Hutan Simpan Lenggeng dan Hutan Simpan Pasoh.

Penebangan hutan Amazon tinggi pada suku pertama tahun ini
Ia sudah cukup untuk membawa kemusnahan paling banyak pada suku pertama, dalam sekurang-kurangnya enam tahun.

Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang belum boleh buka
Setakat ini kerajaan negeri belum menerima cadangan daripada mana-mana pihak untuk terminal itu kembali beroperasi selepas hampir dua tahun ditutup.