awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghuni cemas, ada harimau akar 'berehat' bawah rumah

Amir Hamzah Nordin
Amir Hamzah Nordin
24/11/2022
12:52 MYT
Penghuni cemas, ada harimau akar 'berehat' bawah rumah
Penghuni rumah tersebut terkejut selepas menyedari terdapat seekor harimau berada di bawah rumahnya. - Foto ihsan JBPM Pahang
KUANTAN: Seekor harimau akar berkeliaran di Kampung Pagar Sasak, dekat Lipis, dan berehat di bawah sebuah rumah penduduk di kampung itu petang tadi.
Penghuni rumah tersebut yang terkejut selepas menyedari terdapat seekor harimau berada di bawah rumahnya, segera menghubungi pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Pahang bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.
Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan harimau itu jam 5.39 petang.
"Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis diarahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan pemantauan awal.
"Sebaik tiba, pasukan bomba mengesahkan haiwan itu adalah dari spesis harimau akar dan sedang berehat di bawah rumah penduduk yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak, Lipis," katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, sebentar tadi.
Ismail berkata, pihaknya sedang menunggu pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
Katanya, pasukan Perhilitan bersama ubat pelali dalam perjalanan bagi membantu operasi menangkap haiwan berkenaan.
Topic Berkaitan
#harimau akar
#Kampung Pagar Sasak
#Kuala Lipis
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan