IPOH: Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima laporan mengenai kematian lelaki berusia 25 tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor itu daripada doktor bertugas di Hospital Kuala Kangsar.
Beliau berkata mangsa yang dibawa dengan sebuah kereta tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu pada 8.10 malam dan disahkan meninggal dunia.
"Pesakit (mangsa) telah dibawa oleh seorang ustaz dan tiga orang warden daripada pusat pemulihan dan doktor itu difahamkan mangsa tidak sedarkan diri sejak kira-kira pukul 7 petang.
"Mangsa kemudian dibawa ke wad kecemasan bagi ujian COVID-19 dan X-ray keseluruhan tubuh mangsa kerana terdapat kesan luka di bahagian dahi serta kesan lebam di bahagian muka, mata kiri, dada, kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil temu bual dengan pengasas dan warden pusat itu mendapati mangsa telah bercakap seorang diri dan cuba melarikan diri pada tengah hari kejadian, namun berjaya ditangkap sebelum bertindak cuba mencederakan seorang warden menggunakan sebilah pisau lalu mengamuk.
Menurut Azizi, warden telah menumbuk bahagian badan mangsa beberapa kali untuk menenangkannya, namun pada pukul 4.45 petang, mangsa cuba melarikan diri sekali lagi dan terjun dari tangga tingkat satu bangunan yang berketinggian kira-kira lapan meter.
Katanya, selepas berjaya ditangkap semula, mangsa diikat kaki dan tangan menggunakan kain lalu ditempatkan di dalam bilik tetamu, namun mangsa beberapa kali menghentak kepalanya pada lantai dan dinding sehingga berdarah, sebelum warden mendapati mangsa tidak sedarkan diri pada 7.45 malam dan membawanya ke hospital.
Azizi berkata bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pagi tadi mendapati punca kematian adalah kecederaan parah pada bahagian dada serta otot-otot dan tisu badan disebabkan trauma tumpul.
Susulan itu, katanya polis menahan ustaz dan tiga warden berusia lingkungan 20 dan 30an terbabit hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu. - Gambar hiasan
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
26 maut dalam kebakaran di klinik pemulihan dadah di Iran
Sekurang-kurangnya 26 orang maut dan 18 lagi cedera dalam kebakaran di klinik pemulihan dadah di Iran pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa memetik laporan media tempatan.
Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.
Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk
Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.
Nia Ramadhani, suami ucap salam lebaran, ada hikmah selepas ditangkap isu dadah
Begitu teruja kerana kini kembali bebas seperti masyarakat biasa, Nia berikrar untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
Serangan bersenjata di pusat pemulihan dadah, 24 orang disahkan maut
Tujuh yang lain cedera dengan tiga daripada mereka dilaporkan dalam keadaan serius.
Ramai sakit mental, kerajaan timbang tubuh pusat pemulihan khas buat penagih dadah
Kerajaan akan menimbang keperluan untuk menubuhkan pusat pemulihan khas bagi mereka yang menghidap sakit mental akibat pengambilan dadah sintetik seperti pil kuda dan syabu.
17 maut kebakaran di pusat pemulihan dadah di Ecuador
Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pusat pemulihan dadah di Guayaquil, Ecuador pada Sabtu.