awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengiktirafan UEC: Abdul Aziz cadang bentang kertas putih di Parlimen

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/07/2018
10:42 MYT
Pengiktirafan UEC: Abdul Aziz cadang bentang kertas putih di Parlimen
ABDUL AZIZ: Pengiktirafan UEC adalah berdasarkan kepada keperluan, bukannya soal kaum Cina atau anti Bahasa Melayu. - Gambar fail
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan disaran membentangkan kertas putih di Parlimen bagi menjelaskan isu berkenaan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang telus.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan Negeri Perak berpendapat, perkara seumpama itu tidak seharusnya dibentangkan di surat khabar atau televisyen sahaja.
“Kena buat satu penegasan yang jelas di pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan. Segala dasar perlu dibentangkan di Parlimen supaya ia lebih telus seperti yang dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Exco Kerajaan Negeri itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada Rabu yang bimbang pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu turut mengeluarkan kenyataan akan mengadakan pertemuan dengan Harussani dalam masa terdekat bagi menerangkan pendirian kerajaan berhubung cadangan mengiktiraf UEC itu.
BACA: UEC: Akan jumpa Mufti, jelas pendirian kerajaan negeri - MB Perak
BACA: Maszlee ulangi pengiktirafan UEC akan dibuat tanpa jejas Bahasa Melayu
Abdul Aziz juga berpendapat, pengiktirafan itu tidak meminggirkan kedudukan Bahasa Melayu kerana ia masih kekal dalam urusan rasmi kerajaan seperti di dalam Perkara 152 Perlembagaan negara.
"Sebenarnya tiada (meminggirkan Bahasa Melayu), kerana pengiktirafan UEC adalah berdasarkan kepada keperluan, bukannya soal kaum Cina atau anti Bahasa Melayu.
“Soal bahasa hanya suatu alat komunikasi dan dalam dunia tanpa sempadan sekarang, kita tidak harus melihat isu ini sebagai sempit.
“Jadi bahasa ini jangan dipolitikkan atau dilihat sinonim dengan bangsa tertentu dan anti Melayu atau anti Islam,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak harus berhati-hati sebelum membuat kenyataan dan tidak harus menyamakan isu bahasa dengan isu kaum.
Topic Berkaitan
#abdul aziz bari
#Bahasa Melayu
#bahasa pengantar
#Cina
#Harussani Zakaria
#kaum
#Kementerian Pendidikan
#kertas putih
#Melayu
#mufti
#Pakatan Harapan
#pengiktirafan
#Perlembagaan
#perpaduan
#politik
#UEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan