awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengimportan e-waste diharamkan - Azam Baki

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
04/02/2026
11:34 MYT
Pengimportan e-waste diharamkan - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan yang tegas dan bersepadu daripada semua agensi berkaitan adalah sangat penting. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengklasifikasikan pengimportan sisa elektronik atau e-waste di bawah kategori Larangan Mutlak melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Ringkasan AI
  • Kerajaan mengklasifikasikan pengimportan e-waste di bawah Larangan Mutlak melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, berkuat kuasa mulai Rabu, dalam usaha memperketat kawalan sisa berbahaya dan melindungi alam sekitar.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan yang tegas dan bersepadu daripada semua agensi berkaitan adalah penting, dengan e-waste sekarang dilarang masuk ke negara ini.
  • Penubuhan Jawatankuasa Khas Penyelarasan E-Waste diputuskan, dipengerusikan oleh Komander AKPS Pelabuhan Klang, untuk memastikan pengurusan e-waste lebih tersusun dan berkesan serta melaporkan keputusan kepada Pasukan Petugas Khas dalam seminggu.

Perkara itu dinyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hasil keputusan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara Bil. 2/2026.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperketat kawalan kemasukan sisa berbahaya serta melindungi alam sekitar.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan yang tegas dan bersepadu daripada semua agensi berkaitan adalah sangat penting.
“Mulai sekarang, e-waste tidak dibenarkan lagi masuk ke negara ini,” kata Azam dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau menambah bahawa penguatkuasaan mesti dilaksanakan secara bersepadu melibatkan semua pihak berkaitan untuk memastikan keberkesanan peraturan ini.
"Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diarahkan untuk memohon kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi meletakkan e-waste di bawah kategori Larangan Mutlak.
"Sebelum ini, e-waste dikategorikan di bawah Larangan Bersyarat, di mana Ketua Pengarah JAS mempunyai kuasa budi bicara untuk memberi pengecualian tertakluk kepada syarat tertentu," katanya.
Azam berkata, peruntukan mengenai pengecualian tersebut termaktub dalam Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang membolehkan kelulusan import dalam keadaan tertentu.
Mesyuarat juga memutuskan penubuhan Jawatankuasa Khas Penyelarasan E-Waste, yang akan dipengerusikan oleh Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.
Jawatankuasa ini diwajibkan melaporkan keputusan dan cadangan kepada Pasukan Petugas Khas dalam tempoh seminggu untuk memastikan pengurusan e-waste dijalankan secara lebih tersusun dan berkesan.
Selain itu, cadangan pelaksanaan moratorium tiga bulan terhadap pengimportan sisa plastik turut dibincangkan dalam mesyuarat.
Namun, sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SWCorp perlu mengemukakan data terperinci mengenai sumbangan sektor tersebut kepada ekonomi negara.
Beliau berkata, langkah-langkah ini penting bagi memastikan Malaysia tidak menjadi destinasi pembuangan sisa berbahaya dan selari dengan usaha negara untuk melindungi alam sekitar.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#sisa elektronik
#e-waste
#Diharamkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan