awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penglibatan belia dalam Jawatankuasa Khas Darurat perlu diambil kira - MBM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
13/02/2021
00:00 MYT
Penglibatan belia dalam Jawatankuasa Khas Darurat perlu diambil kira - MBM
JUFITRI: Golongan belia perlu menyampaikan input mereka di dalam Jawatankuasa Khas Darurat 2021 agar kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa faktor di dalam jawatankuasa tersebut. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Penglibatan belia dalam menyertai Jawatankuasa Khas Darurat 2021 diambil kira dalam memastikan perspektif golongan tersebut juga dapat disampaikan.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, golongan tersebut turut tidak terkecuali berdepan kesukaran hidup dalam situasi pandemik dan beberapa input perlu disampaikan menerusi platform tersebut.
“Belia juga terkesan teruk akibat COVID-19 dan wajar untuk mereka guna saluran tersebut bagi memberikan pandangan atau cadangan yang membina pada pihak kerajaan.
“Ini juga bakal menjadi satu pengiktirafan kepada anak muda untuk sertai jawatankuasa itu supaya beberapa faktor penentu boleh diambil kira terutamanya berkaitan tempoh darurat,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Jufitri mengakui wujud kekangan bagi golongan belia untuk menyuarakan segala permasalahan dan perkara itu perlu diteliti bagi mengelakkan berlakunya isu jurang melibatkan generasi.
Jelasnya, golongan belia lebih memahami berhubung isu yang terpaksa didepani mereka dan langkah untuk melibatkan kelompok tersebut wajar dipertimbangkan agar mereka mampu menjadi sebahagian daripada pembuat dasar.
Pejabat Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa khas itu selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, jawatankuasa itu ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Topic Berkaitan
#Belia
#JawatanKuasa Khas Darurat
#majlis belia malaysia
#MBM
#Jufitri Joha
#pengiktirafan kepada anak muda
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan