IPOH: Pengorbanan seorang bapa yang tinggal di dalam kereta Proton Satria sementara menunggu anaknya yang menghidap tumor otak dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, meraih simpati orang ramai yang menghulurkan bantuan tanpa henti.
Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, berkata, selepas gambar yang dikongsinya dalam kumpulan sembang menjadi tular, banyak pihak memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar anaknya, Muhammad Afeef Mikail, 8, kembali sihat.
Bapa kepada tiga orang anak itu juga tidak menyangka maklumat tersebut tular kerana perkongsian yang dibuat hanyalah untuk rakan-rakan dan memohon agar mereka mendoakan kesembuhan anaknya, bukan untuk meraih simpati seluruh rakyat.
"Bagusnya rakyat Malaysia ini, mereka memang prihatin tentang permasalahan apa yang berlaku di kalangan kita. Saya tidak putus-putus mendapat ucapan yang mendoakan kesejahteraan anak saya, malah ada juga yang beri sumbangan.
"Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan dan kesembuhan anak saya. Mana yang telah menderma tak kiralah wang tunai atau makanan kepada saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan letak kereta HRPB, di sini, hari ini.
Menurutnya, sumbangan diterima dari pelbagai pihak, termasuk daripada bukan Muslim, malah ada yang datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk menghulurkan sumbangan.
Di samping itu, katanya, pengurusan Masjid Muhibbuddin Shah yang terletak berhampiran HRPB turut menawarkan tempat penginapan memandangkan ada pihak yang mahu menanggung perbelanjaan sewa sepanjang keberadaannya di hospital berkenaan.
Bercerita lanjut, Adi Saifullizam berkata, anak bongsunya itu disahkan menghidap tumor oleh pihak hospital selepas pada asalnya hanya terdapat bengkak pada bahagian mata.
Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini, kaedah dan kos rawatan belum diketahui sepenuhnya.
Dia yang tinggal di Felda Trolak Utara reda dengan ujian yang diberikan walaupun berat untuk menerima keadaan itu dan akan mencari rawatan terbaik untuk memastikan anaknya sembuh.
Dua lagi anaknya, Dhia Irdina, 15, dan Muhammad Aqeef Firdaus, 12, buat masa ini tinggal sementara dengan ibu saudaranya.
"Kekuatan saya datang daripada anak-anak yang ada di rumah, isteri saya dan juga anak yang sakit ini. Kalau kita lemah, dia lagilah teruk. Memang saya menangis tapi tidak tunjuk depan anak, saya lari ke belakang.
"Sebab itulah saya ambil keputusan untuk duduk di kereta, saya seorang-seorang dan kalau saya menangis pun orang tak nampak," katanya dalam nada sebab.
Dalam pada itu, Adi Saifullizam memohon seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan anaknya kembali sihat seperti sedia kala dan jika berkemampuan selepas ini, dia akan membantu mereka yang memerlukan.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 11 2023
Adi Saifullizam Abdul Sani memmilih tinggal di dalam kereta Proton Satria sementara menunggu anaknya yang menghidap tumor otak dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. - Gambar Astro AWANI
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Pengorbanan bapa tinggal dalam kereta di HRPB raih simpati orang ramai
Asalnya, Adi Saifullizam sekadar berkongsi gambar meminta rakan-rakan mendoakan anaknya.
Kelapa untuk majlis tahlil arwah ayah bertukar jadi majlis tahlil sendiri
Mangsa Mohd Fariq Fyrdaus Harun, 30 tahun, maut selepas terjatuh dari ketinggian 40 meter ketika memanjat sebatang pokok kelapa di Kampung Rantau Abang, Dungun.