awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
28/04/2024
14:45 MYT
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Lee Zii Jia memulakan perlawanan berpasukan dengan langkah kanan untuk menyumbangkan mata pertama selepas menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 dalam perlawanan pertama. - Foto BERNAMA
MALAYSIA berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Lee Zii Jia memulakan perlawanan berpasukan dengan langkah kanan untuk menyumbangkan mata pertama selepas menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 dalam perlawanan pertama.
Pemain profesional kedua negara, Cheam June Wei, cemerlang menyumbangkan mata kedua berdepan Youcef Sabri Medel 21-9,21-14.
Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian memastikan peluang Algeria tertutup untuk melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Sifeddine Larbaoiu-Mohamed Abdelaziz dengan kemenangan 21-8,21-3 untuk memberikan mata ketiga buat Malaysia.
Justin Hoh dan Nur Izzuddin Rumsani-Soh Woi Yik, masing-masing mengekalkan momentum cemerlang pasukan negara untuk memberikan satu mata justeru memberi kemenangan bersih 5-0 buat skuad negara di Chengdu, China berdepan Algeria.
Kemenangan itu sekaligus menyaksikan pasukan negara berjaya melangkah ke pusingan suku akhir Piala Thomas dan akan turun berdepan Denmark untuk penentuan juara Kumpulan D pada Selasa nanti.
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#Malaysia
#Algeria
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan