awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Bapa lemas selepas selamatkan anak di Sungai Lebir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengorekan pasir sungai atasi masalah banjir di Kota Belud - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
18/01/2021
14:15 MYT
Pengorekan pasir sungai atasi masalah banjir di Kota Belud - Hajiji
Hajiji (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada Jawatankuasa Pengurusan Banjir daerah Kota Belud. - Foto CMO Sabah.
KOTA BELUD:Kerajaan Sabah akan melakukan projek mendalamkan sungai di Kota Belud bagi mengatasi masalah banjir di daerah tersebut.
Tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, projek mendalamkan sungai itu dikenal pasti antara penyelesaian kepada situasi kekerapan banjir yang berlaku di daerah berkenaan sejak insiden gempa bumi pada tahun 2015.
"Kita akan memberikan tender dan kontrak pengorekan pasir sungai kepada kontraktor tempatan yang berwibawa serta bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan.
"Kita akan membuat yang terbaik bagi mengatasi masalah ini," katanya selepas melakukan lawatan ke lokasi banjir di daerah itu pada Isnin.
Hajiji (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di salah satu PPS di Kota Belud.
Hajiji (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di salah satu PPS di Kota Belud.
Sebelum ini, insiden banjir dan banjir kilat kerap berlaku di Kota Belud berikutan paras air sungai terutamanya Sungai Abai menjadi semakin cetek disebabkan lambakan pasir yang berpunca daripada kejadian gempa bumi enam tahun lalu.
Terdahulu, dalam lawatan tersebut, Hajiji meminta kesemua yang terlibat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Belud supaya mematuhi prosedur operasi standart (SOP) untuk mengelak penularan COVID-19.
Jelasnya lagi, bantuan kerajaan akan diagihkan dari semasa ke semasa bagi membantu meringankan beban mangsa yang terkesan akibat musibah terbabit.
Setakat jam 8 malam tadi, seramai 264 mangsa banjir di Kota Belud ditempatkan di empat buah PPS melibatkan Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Kg Lentingi, Dewan SK Tamau dan Dewan Muhibbah Kg Tombol.
Topic Berkaitan
#banjir
#Ketua Menteri Sabah
#Hajiji Noor
#banjir sabah
#Kota Belud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan