awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeju Air haramkan penggunaan bateri mudah alih
MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi - Zambry
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguat kuasa Pulau Pinang digesa lapor SPRM jika disogok

Bernama
Bernama
21/01/2026
14:00 MYT
Penguat kuasa Pulau Pinang digesa lapor SPRM jika disogok
S Karunanithy (dua, kanan) menyampaikan kod imbas E-Flyers Antirasuah SPRM Pulau Pinang kepada A Rajendran pada Majlis Peluncuran Antirasuah dan Sesi Dialog MBPP dan SPRM Pulau Pinang di KOMTAR hari ini. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Penjawat awam, khususnya anggota penguat kuasa di Pulau Pinang digesa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika cuba disogok semasa bertugas.

Ringkasan AI
  • Penjawat awam, terutamanya anggota penguat kuasa di Pulau Pinang digesa untuk membuat laporan kepada SPRM jika cuba disogok semasa bertugas bagi memperkukuhkan penguatkuasaan dan memastikan keberanian menolak rasuah.
  • SPRM Pulau Pinang hanya menerima kurang daripada lima laporan rasmi berkaitan cubaan penyogokan terhadap penjawat awam sepanjang 2025, menunjukkan keperluan untuk penjawat awam lebih berani dalam membuat laporan.
  • SPRM turut melancarkan e-risalah Mutiara SPRM Pulau Pinang sebagai inisiatif digital untuk menyebarkan mesej pencegahan rasuah secara meluas kepada penjawat awam dan masyarakat, menggunakan pendekatan digital yang mudah diakses.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S. Karunanithy berkata tindakan itu penting bagi memperkukuh penguatkuasaan dan memastikan penjawat awam berani menolak serta melaporkan sebarang bentuk rasuah di lapangan.
"Kerajaan menyediakan garis panduan ganjaran kepada penjawat awam yang melaporkan cubaan rasuah dan harus dimanfaatkan sebagai mekanisme untuk membendung amalan rasuah dan memberi keyakinan kepada penjawat awam bahawa mereka dilindungi," katanya.
Karunanithy berkata demikian semasa ditemui selepas menghadiri Program Dialog Antirasuah Kerjasama Antara SPRM Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang turut dihadiri Datuk Bandar MBPP Datuk A. Rejendran di sini hari ini.
Beliau berkata sepanjang 2025, SPRM Pulau Pinang menerima kurang daripada lima laporan rasmi berkaitan cubaan penyogokan terhadap penjawat awam.
Selain itu, SPRM menerima 37 maklumat berkaitan salah laku daripada MBPP termasuk laporan daripada pelbagai unit penguat kuasa yang menunjukkan keperluan untuk penjawat awam lebih berani membuat laporan.
"Dari segi tangkapan, sebanyak lima tangkapan dibuat membabitkan MBPP namun kesemua kes masih dalam siasatan dan proses untuk dibawa ke Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut," katanya.
Pada majlis itu, SPRM turut melancarkan e-risalah Mutiara SPRM Pulau Pinang yang merupakan inisiatif digital untuk menyebarkan mesej pencegahan rasuah secara lebih meluas kepada penjawat awam dan masyarakat.
Karunanithy berkata e-risalah itu dikeluarkan setiap bulan melalui platform seperti WhatsApp dan dilengkapi kod QR bagi memudahkan penyebaran maklumat kepada ketua jabatan dan pegawai bawah.
"Pendekatan digital ini merupakan kaedah proaktif untuk memastikan mesej antirasuah sampai ke semua lapisan masyarakat dan mudah diakses oleh penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#SPRM
#Peguam Negara
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan