Skip to main content

Dunia

Setiausaha Agung GCC kutuk serangan Iran ke atas kawasan perumahan Arab Saudi

Iran didakwa menyasarkan fasiliti kawasan perumahan, mengakibatkan dua maut dan 12 penduduk cedera di Wilayah Al-Kharj. - Gambar/ Reuters
Iran didakwa menyasarkan fasiliti kawasan perumahan, mengakibatkan dua maut dan 12 penduduk cedera di Wilayah Al-Kharj. - Gambar/ Reuters
Advertisement

RIYADH: Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jasem Mohamed Albudaiwi mengutuk serangan Iran yang menyasarkan fasiliti kawasan perumahan, mengakibatkan dua maut dan 12 penduduk cedera di Wilayah Al-Kharj. 

Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan Albudaiwi menegaskan bahawa serangan Iran ialah pelanggaran terang-terangan semua undang-undang dan norma antarabangsa iaitu menyasarkan keselamatan orang awam dan infrastruktur, yang jelas melanggar prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau menekankan solidariti GCC dengan Arab Saudi dalam semua langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan, kestabilan dan integriti wilayahnya, mengulangi pendirian tegas negara-negara GCC dalam menolak dan mengecam semua tindakan pencerobohan yang mengancam keselamatan negara GCC atau menyasarkan kemudahan penting dan keselamatan rakyat serta penduduk mereka.

Advertisement

-- BERNAMA-SPA

 

Must Watch Video

Advertisement