awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan lebih ketat perlu dilakukan di ESSCOM - PM

Bernama
Bernama
08/05/2014
06:16 MYT
Penguatkuasaan lebih ketat perlu dilakukan di ESSCOM - PM
Penguatkuasaan lebih ketat perlu dilakukan di ESSCOM - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penguatkuasaan lebih ketat perlu dilakukan termasuk menentukan laluan khas untuk urusan keluar masuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Beliau berkata laluan khas itu membolehkan mereka yang keluar masuk di kawasan itu melalui pemeriksaan.
"Kalau ada laluan khas ini, maknanya sesiapa yang masuk keluar dapat diperiksa, kalau (ada yang melalui laluan) di luar kawasan tersebut maka pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Umno Taiping di sini hari ini.
Beliau mengulas kejadian penculikan Pengurus Syarikat Ternakan Ikan Dalam Sangkar warga China, Yang Zai Lin, di Pulau Baik di Lahad Datu, pada 6 Mei lepas.
Najib berkata selain itu, kawalan ketat perlu dilakukan di semua kawasan termasuk di 11 penginapan serta kawasan warga China yang menjalankan perusahaan di sana.
Najib turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian penculikan itu.
Mengulas mengenai sasaran penculikan yang melibatkan warga Cina, Najib berkata penculik melakukan kegiatan itu kerana mahu wang tebusan dan mereka memilih mangsa yang mempunyai nilai komersial.
"Motif mereka adalah untuk cari nilai tebusan, kalau mereka dapat (mangsa) yang ada nilai komersial maka tebusan yang diletakkan makin tinggi, maka itu mereka sasarkan pelancong atau orang dari China," katanya.
Dalam kejadian itu, lima lelaki yang menaiki sebuah bot berkuasa kuda 200 dan dua daripadanya berpakaian celoreng, bertopeng dan bersenjata, menghampiri kawasan ternakan ikan di situ dan melarikan pengurus berkenaan.
Yang, 34, berasal dari Guangzhao, telah bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd, milik warga China dari Hongkong yang beroperasi sejak tahun 2006, selama tiga tahun.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan