WASHINGTON: Pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan yang bermula 1 Mei lepas berjalan lancar.

Menurut Setiausaha Pertahanan AS, Llyod Austin, pasukan tentera AS bersedia untuk proses tersebut.

Namun tegasnya, tanpa sokongan tentera AS, pihak berkuasa Afghanistan akan berdepan kesukaran melawan pemberontak taliban.

Ketika ini menurut Pentagon, AS masih belum membuat keputusan sama ada terus membantu tentera udara Afghanistan untuk kerja baik pulih, latihan dan penyelenggaraan.

Sebelum ini, Presiden Joe Biden mengumumkan semua tentera AS dan sekutu NATO akan berundur dari Afghanistan pada 11 September 2021.

Ketika ini, terdapat sekitar 2,500 ke 3,300 tentera AS di Afghanistan bergantung kepada operasi.

Militan taliban dilaporkan ditumpaskan beberapa bulan selepas pencerobohan tentera AS pada 2001.

Namun, selepas beberapa tahun, ia kembali mengukuhkan kedudukan dan masih menjadi ancaman.