SEPANG: Pengunjung Pantai Bagan Lalang di sini, yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19 akan dikenakan kompaun mulai minggu depan
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussain, berkata mereka yang ingkar akan dikompaun sehingga RM 2,000 bagi individu manakala RM 10,000 membabitkan syarikat atau perbadanan.
Katanya, kompaun itu akan dikeluarkan mengikut Seksyen 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Tambahnya, tindakan tegas itu diambil selepas pihaknya bertolak ansur selama dua minggu ketika pemantauan di kawasan berkenaan, dengan memberikan pendidikan kesihatan kepada pengunjung.
"Pemeriksaan memang dijalankan, jadi kita harap mereka dapat patuh SOP. Saya nasihatkan pengunjung, dengan kapasiti yang ramai ini, kita harap mereka dapat mengawal secara kendiri tanpa menunggu penguat kuasa.
"Jadi sekiranya penguat kuasa datang, kompaun yang saya katakan tadi boleh dilaksanakan" katanya pada sidang media mengenai SOP Bagan Lalang pada Sabtu.
Sementara itu, Abd Hamid berkata, terdapat peningkatan kutipan sampah di kawasan itu sehingga mencecah enam tan pada hujung minggu.
"Sama-sama kita ambil bahagian untuk jaga kebersihan pantai sebab tak nak lebihan makanan dicampakkan ke laut, tepi pantai dan sebagainya yang akan beri kesan kepada alam sekitar.
"Kalau boleh guna tong sampah yang kita sediakan dan dengan inisiatif pengunjung sendiri, bawa balik sampah tersebut. Contohnya, datang dari Gombak, bawalah balik buang di Gombak, kalau datang dari Semenyih bawalah balik buang di Semenyih supaya tidak memberi beban kepada orang Sepang untuk uruskan sampah yang tuan-tuan bawa ke sini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya memeriksa 243 premis serta 2,968 pengunjung pantai berkenaan antara 16 sehingga 24 September lalu.
"Sebanyak 34 daripada 243 premis gagal mematuhi SOP selain seramai 98 pengunjung dan peniaga dikenal pasti tidak lengkap vaksinasi dan diarahkan pulang serta-merta," katanya.
Eton Khir
Sat Sep 25 2021

MPSepang memeriksa 243 premis serta 2,968 pengunjung pantai berkenaan antara 16 sehingga 24 September lalu. - Gambar fail/ Astro AWANI
AWANI Ringkas: Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [4/12/2023] - Mohon batalkan keputusan Peguam Negara | Gaji minimum RM1,500
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Majlis Peguam fail semakan semula DNAA Zahid Hamidi
Rafizi nafi buat pusingan U, kekal gaji maksimum bersama progresif
Gaji penjawat awam tahun depan, dijangka dinaikkan
Serangan darat Israel meningkat di Gaza
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Majlis Peguam fail semakan semula DNAA Zahid Hamidi
Rafizi nafi buat pusingan U, kekal gaji maksimum bersama progresif
Gaji penjawat awam tahun depan, dijangka dinaikkan
Serangan darat Israel meningkat di Gaza
#AWANInews

Presiden Xi mahu Shanghai muncul sebagai metropolis antarabangsa
Presiden China Xi Jinping mahu Shanghai mempercepat pembinaan bandar itu sebagai metropolis antarabangsa yang moden.

Tiada peningkatan tahap radio aktif di perairan Malaysia
Sistem Pemantauan Air Spektrum Gamma (GSWMS) yang dipasang di perairan negara dalam tempoh 1 Okt hingga 30 Nov lepas mendapati tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan Malaysia.
COP28: Tabur janji, wang dan tuntut tindakan
Isu kewangan, perdagangan dan kesaksamaan gender menjadi fokus COP28 hari ini. Jurang kewangan untuk menghadapi perubahan iklim masih lagi menjadi cabaran utama.
Penduduk Gaza terpaksa berlindung di hospital
Penduduk di Khan Younis, Gaza terpaksa menjadikan bangunan sekolah dann hospital sebagai tempat berlindung daripada menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
Ini kerana Israel mensasarkan kawasan kediaman pada Isnin.
Ini kerana Israel mensasarkan kawasan kediaman pada Isnin.
Spotify buang 1,600 pekerja
Syarikat penstriman muzik antarabangsa, Spotify, akan memberhentikan satu perlima pekerja di peringkat perniagaan membabitkan 1,600 jawatan, lapor agensi berita Jerman, DPA.
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.
Penghormatan terakhir Chua Jui Meng diadakan dua hari
Upacara penghormatan terakhir mendiang Datuk Dr Chua Jui Meng akan diadakan selama dua hari bermula esok di Full Gospel Assembly di Kuala Lumpur.

Maldives peroleh jaminan India tarik balik tentera
Kerajaan Maldives berkata pihaknya memperoleh jaminan daripada India mengenai penarikan balik tentera India dari negara itu seperti yang dikehendaki oleh rakyat Maldives.

Pengunjung Pantai Bagan Lalang ingkar SOP mula dikompaun minggu depan
Datuk Abd Hamid Hussain, berkata mereka yang ingkar akan dikompaun sehingga RM 2,000 bagi individu manakala RM 10,000 membabitkan syarikat atau perbadanan.