KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk berhati-hati dalam langkah pengurangan jumlah subsidi yang dibelanjakan, kerana ia dikhuatiri akan mengakibatkan kesan terhadap kadar inflasi secara mendadak, kata Penganalisis Ekonomi, Prof Barjoyai Bardai.
Beliau berkata, sekiranya tindakan itu dilakukan, berkemungkinan besar ia akan meningkatkan kadar inflasi sehingga 11 peratus, berbanding 3 peratus pada masa kini.
Barjoyai berkata, antara langkah terbaik yang boleh difikirkan ialah menyelaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar.
“Kalau dikurangkan, kita akan lihat kadar inflasi kita meningkat terus sehingga lebih kurang 11 peratus, daripada kurang daripada tiga peratus pada masa sekarang. Ini akan menurunkan pendapatan benar semua pekerja, dan akan menyebabkan kesan yang semakin serius.
“Jadi kita mungkin tangguhkan dulu tentang (pengurangan) subsidi barangan, tapi boleh fikirkan tentang bagaimana selaraskan semula subsidi minyak misalnya, bagaimana kita belanjakan RM35 bilion untuk petrol dan diesel, kalau boleh sasarkan kepada kumpulan memerlukan, supaya tidak akan jejaskan inflasi,” katanya kepada Astro AWANI.
Barjoyai berkata, pemberian subsidi harus diteruskan untuk barangan seperti minyak masak, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan, supaya ia terus bertindak sebagai pelindung kepada kesan inflasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal hari ini memberi tempoh dua minggu untuk kementerian berkaitan menyiapkan kertas kerja berhubung pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.
Menurutnya, kesan subsidi kepada rakyat perlu diperhalusi dan menurut beliau, ia perlu diberikan secara bersasar kerana subsidi diberikan sekarang turut dinikmati golongan kaya dan industri.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) 2022 di sini pada Ahad, Anwar memberi jaminan subsidi masih akan diberikan kepada rakyat namun beliau mahu ia lebih bersasar.
Dalam pada itu Barjoyai berkata, beliau melihat banyak pendebatan dan perbincangan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dikembalikan, sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan kerajaan.
Katanya lagi, beliau lebih cenderung untuk melihat usaha kerajaan menyelaraskan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) supaya ia menghampiri bentuk GST.
Bagi meningkatkan pendapatan kerajaan, Barjoyai berkata, langkah mewujudkan skim nombor pengenalan dan e-invois seperti dalam Bajet 2023 membolehkan aktiviti pembayaran cukai yang lebih berkesan.
Firdaus Azil
Sun Nov 27 2022
Antara langkah terbaik adalah selaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar. - Gambar fail
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Perpaduan negara Islam sedunia selesaikan isu sedunia
Menteri Luar Negeri mengetengahkan pandangan Malaysia berhubung isu berkepentingan umat Islam seperti situasi di Palestin dan Timur Tengah, Islamofobia, golongan minoriti masyarakat Islam dan kerjasama ekonomi.
Penjawat awam lebih banyak peluang beli rumah sejajar dengan kenaikan gaji - Rehda
Rehda percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam boleh membawa kepada lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.
Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid
Gapena disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni.
Latihan berkaitan AI, TVET harus ditingkatkan supaya negara tidak ketinggalan - PM Anwar
Semua pihak pelaksana terutamanya kementerian diminta memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan.
Penulis perlu mengoptimumkan platform media sosial
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Majlis Aidilfitri bersama penulis di rumah GAPENA, di Bukit Petaling.
Dakwaan Subsidi: Walaupun ada perbincangan awal, tapi belum ada keputusan muktamad - PM
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
[TERKINI] Bapa dan dua anak lemas di sungai
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Jalan Genting Lama Batang Kali.
Nilai kerajaan bukan hanya berasaskan kenaikan harga barang - Dr Hilmi Yahaya
Langkah yang diambil oleh kerajaan termasuk pengurangan subsidi secara berperingkat akan diguna antaranya untuk pembangunan sektor kesihatan.
Pengusaha pengangkutan awam akan dibantu - Hishammuddin
Perkara itu akan dilakukan menerusi pertemuan yang diadakan antara kementerian dan pengendali syarikat bas di negara ini.